• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khalid Mahu Saman Najib, Redzuan

oleh
09/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dua pemimpin Perikatan Nasional yang menuduh beliau mengeluarkan kenyataan mempertikaikan Perlembagaan dan Yang di-Pertuan Agong sebagai rasis.

Ahli Parlimen Shah Alam itu akan menyaman bekas menteri usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dengan tuntutan sebanyak RM10 juta manakala jumlah lebih besar kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.

Beliau mendakwa, Mohd Redzuan mengeluarkan kenyataan meminta beliau memohon maaf kepada Seri Paduka kerana mempertikai dan mempersoalkan Perlembagaan serta melemparkan keraguan terhadap kredibiliti Seri Paduka.

“Saya ada video ucapan itu. Dalam ucapan saya, apa yang saya sebut ialah menjelaskan kronologi apa yang telah berlaku (proses pengundian calon Perdana Menteri kelapan). Jadi tuduhan bahawa saya mempertikaikan dan mempersoalkan Perlembagaan, tak betul!

“Sila tunjuk dalam ucapan saya, mana saya pertikaikan Perlembagaan dan mencemar serta melemparkan keraguan ke atas kredibiliti Agong,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam di sini hari ini.

Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, beliau tidak mahu berdebat panjang mengenai perkara tersebut sebaliknya ingin memaklumkan kepada Redzuan dan Najib bahawa surat saman berkenaan akan dihantar kepada mereka.

Menurutnya, jumlah saman yang dituntut adalah relevan kerana pertuduhan dibuat terhadapnya itu amat serius.

“Bagi Najib, ini lagi best. Tunjuk pada saya di mana saya kata Agong rasis. Peguam saya akan set jumlah yang lebih besar bagi Najib kerana dia duit lagi banyak.

“Tuduhan yang dibuat adalah satu tuduhan serius dan memang tidak ada langsung keluar daripada mulut saya,” katanya.

Khalid pada malam Khamis lalu berucap di Majlis Temu Rapat Aktivis Pakatan Harapan (PH) Shah Alam di Dewan Meranti Seksyen 19 mengenai kronologi pengundian calon Perdana Menteri kelapan yang dilakukan Istana Negara. – Sinar Harian

Tags: Khalid SamadNajib Tun RazakRedzuan Md YusofYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

19/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menyentuh mengenai pendidikan negara sempena...

Agong Kurnia DMIJ Kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas, Juruiring Pemangku Sultan Johor

Agong Kurnia DMIJ Kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas, Juruiring Pemangku Sultan Johor

14/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato' Mulia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd