• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangka Tinggalkan Pentadbiran, Exco Perak Menangis

oleh
02/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Exco Komunikasi, Multimedia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim tidak dapat menahan sebak ketika mengenangkan kemungkinan terpaksa meninggalkan tugas sebagai Exco kerajaan negeri.

Dalam sidang media di pejabatnya, beliau meluahkan perasaan masih belum puas menjalankan tugas sebagai Exco selepas dilantik ke jawatan itu pada 19 Mei 2018.

Biarpun belum menerima sebarang arahan rasmi daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengenai kedudukan Exco kerajaan negeri, beliau membayangkan kemungkinan terpaksa meninggalkan Bangunan Perak Darul Ridzuan susulan perubahan pentadbiran kerajaan Pusat.

“Saya masih belum puas untuk berkhidmat kepada rakyat Perak. Saya Exco penerangan dan kerap berjumpa masyarakat.

“Antara yang paling menyentuh hati saya ialah Program Santai Bersama Rakyat. Dari situlah saya dapat lihat apa rakyat Perak mahu selama ini,” katanya yang beberapa kali menitiskan air mata ketika sidang media di pejabat di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Hasnul Zulkarnain berkata, beliau sudah mempersiapkan diri untuk menerima sebarang keadaan mengenai kedudukannya sebagai Exco kerajaan negeri.

Katanya, perasaan sedih itu hadir ketika menurunkan gambar sewaktu menerima watikah sebagai Exco daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Beliau sebelum itu turut membuat video langsung di Facebook dengan memberikan ucapan penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan pejabatnya yang banyak membantu selama ini.

Hasnul Zulkarnain dalam masa sama turut merakam penghargaan kepada rakan-rakan media yang selama ini membantu membuat liputan program-program kerajaan negeri. – Sinar Harian

Tags: Exco Perakhasnul zulkarnainkerajaan negeri Perak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Khazanah Catat Untung Tinggi Hasil Jualan Aset – Najib

Next Post

Perbalahan Berkait Ambil Alih PLUS Punca PH Berpecah

Related Posts

Segera Ke Klinik, Hospital Jika Ada Simptom Cacar Monyet – Exco Perak

Segera Ke Klinik, Hospital Jika Ada Simptom Cacar Monyet – Exco Perak

26/08/2023
0

Orang ramai di negeri ini dinasihat supaya segera ke klinik atau hospital berhampiran jika terdapat gejala cacar monyet (mpox). (Ada...

Kes Buli: Pelajar Sekolah Sukan Ditendang, Dipijak Senior – EXCO Perak

Kes Buli: Pelajar Sekolah Sukan Ditendang, Dipijak Senior – EXCO Perak

26/07/2023
0

IPOH : Kerajaan negeri menunggu laporan penuh berhubung siasatan kes buli di sebuah sekolah sukan negeri di Gunung Rapat, di...

Next Post

Perbalahan Berkait Ambil Alih PLUS Punca PH Berpecah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd