• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Itu Bukan Duit Haram, Tapi Simpanan Renovasi Rumah

oleh
31/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelaskan wang tunai lebih RM200,000 yang dilaporkan hilang di kediaman beliau adalah simpanan peribadi bersama ibu dan bapanya untuk tujuan renovasi rumah.

Beliau berkata, ibu dan bapanya juga telah membuat laporan polis berhubung kehilangan itu.

“Saya dan keluarga tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan. Malahan kami sendiri yang membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang.

“Sekiranya benar duit itu duit haram, kenapa kami patut laporkan? RM90 ribu milik saya, RM50 ribu milik ibu saya dan RM70 ribu milik ayah saya.

“Majoriti wang itu dikeluarkan bagi tujuan renovasi rumah yang kami miliki bersama. Selainnya adalah untuk tujuan peribadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Ahli Parlimen Muar itu lagi, beliau sehingga hari ini masih tidak memiliki rumah.

“Dengan itu saya, Abuyah dan mama mengambil ketetapan untuk membeli rumah bersama dan saya berhasrat ingin pindah ke rumah tersebut selepas siap renovasi.

“Rumah belum siap renovasi, peralatan elektronik dan perabot semua belum dibeli lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Saddiq yang juga Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (bersatu) berkata, beliau mengambil maklum laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibuat dan sedia memberikan kerjasama penuh bagi membantu siasatan SPRM.

Bagaimanapun ujarnya, pada masa masa beliau tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang memfitnahnya dan keluarga.

“Saya sudah mengarahkan pegawai saya untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan kepada mereka yang memfitnah saya dan keluarga dengan cubaan untuk mengaitkan kes ini dengan duit haram atau wanita yang dikatakan bersama saya.

“Ini adalah fitnah untuk menjatuhkan reputasi saya dan keluarga. Saya juga tidak akan berkompromi bab integriti dan saya akan memastikan diri serta keluarga saya memberi kerjasama penuh dalam membantu pihak polis serta SPRM.

“Saya harap semua pihak berhenti berspekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa membuat siasatan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: kes kecurianSyed SaddiqWang Tunai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin 'kebenaran akan menang' meskipun keputusan prosiding rayuan pendakwaan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd