• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Mesin ATM Terhad 7 Pagi Hingga 10 Malam

oleh
22/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Waktu operasi harian bagi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan terminal layan diri lain, dihadkan dari jam 7 pagi hingga 10 malam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan, mesin ATM, deposit tunai, cek dan duit syiling akan beroperasi sepenuhnya di lokasi yang tidak terjejas dengan PKP dalam tempoh waktu berkenaan.

Katanya, beberapa perkhidmatan kewangan penting lain turut beroperasi sepenuhnya, seperti perbankan dalam talian manakala perkhidmatan pengurupan dan kiriman wang masih disediakan di cawangan bank.

“Pemprosesan dan pengendalian tuntutan insurans dan takaful, pengeluaran surat jaminan dan pembaharuan polisi insurans dan sijil takaful tahunan, serta penyedia perkhidmatan e-pembayaran juga disenarai dalam perkhidmatan penting,” kata BNM dalam soalan lazim mengenai akses kepada perkhidmatan kewangan penting semasa PKP.

BNM memaklumkan, penyedia perkhidmatan kewangan penting dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP seperti bank, institusi kewangan pembangunan, syarikat insurans dan takaful, namun pengguna bakal berdepan sedikit gangguan dan kelewatan dalam operasi.

“Sesetengah cawangan mungkin ditutup. Cawangan dibuka diberi kelonggaran menyediakan perkhidmatan kaunter terhad atau memendekkan waktu urusan.

“Namun semua transaksi perbankan yang biasa masih boleh dilakukan secara dalam talian atau melalui peranti mudah alih,” jelasnya.

Bagi yang menghadapi masalah kewangan dan tidak dapat membayar ansuran bulanan kad kredit dan pinjaman, BNM memaklumkan, semua bank dan institusi kewangan pembangunan sedia menstruktur dan menjadual semula pinjaman pada mereka yang terkesan dengan COVID-19.

“BNM masih beroperasi sepanjang tempoh PKP, namun perkhidmatan barisan hadapan termasuk BNMLINK untuk pengunjung ditutup sementara mulai 18 Mac hingga 31 Mac,” katanya. – BH Online

Tags: Bank Negara Malaysia (BNM)mesin ATMperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

Akta Laksana Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjut Hingga 31 Disember

29/07/2021
0

PETALING JAYA – Penguatkuasaan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dilanjutkan bagi tempoh bermula 2 Ogos sehingga 31 Disember 2021....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd