• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guan Eng Sanggup Hilang Jawatan Asalkan Mahathir Jadi PM

oleh
06/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ahli parti komponen Pakatan Harapan (PH) dinasihatkan agar tidak saling menuding jari berhubung punca PH kehilangan kuasa sebagai kerajaan.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak bersalah dalam perkara tersebut.

Sebaliknya menurut beliau, bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merupakan individu yang menjadi dalang dan layak digelar pengkhianat serta penghasut.

“Dia (Azmin) menghasut Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang pada asalnya sangat baik dan setia kepada Tun (Dr. Mahathir).

“Kita dijatuhkan bukan oleh rakyat tetapi oleh pengkhianat dan penyamun,” katanya ketika berucap pada Majlis Temu Rapat Aktivitis PH Shah Alam di Dewan Meranti Seksyen 19 di sini malam tadi.

Dalam ucapannya, Khalid turut mendedahkan bahawa Setiusaha Agung DAP yang juga bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bersetuju digugurkan daripada jawatan tersebut sekiranya dilihat menjadi punca orang Melayu menolak PH.

Menurutnya, pendirian Guan Eng itu dimaklumkan ketika melakukan rundingan agar Dr. Mahathir dicalonkan semula sebagai Perdana Menteri bagi undian kali kedua untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“DAP kata ‘tak apa Tun, oleh kerana kami, orang Melayu tak boleh terima, kurangkan jumlah menteri DAP pun tak apa’.

“Lim Guan Eng sendiri kata, ‘kalau saya digunakan sebagai alasan orang Melayu tak boleh terima Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, saya tak jadi menteri kewangan pun tak apa’.

“Ini politik yang sepatutnya kita bangga. Letakkan negara sebagai yang pertama, rakyat yang terpenting,” katanya.

Berhubung tindakan selanjutnya Khalid berkata, PH akan memohon untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi membuktikan PH sebenarnya mempunyai sokongan majoriti dari kalangan ahli Dewan Rakyat.

Menurutnya, PH turut sedia mengambil tindakan undang-undang di mahkamah bagi mengisytiharkan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan yang tidak mendapat mandat rakyat dan sokongan majoriti. – Sinar Harian

Tags: DAPKhalid SamadLim Guan EngMahathirpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ahli Parlimen Bagan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri...

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

27/10/2025
0

KOTA KINABALU: DAP Sabah masih belum memuktamadkan lagi sama ada parti itu akan menggunakan logo sendiri atau sebaliknya untuk bertanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd