• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19: Petugas KKM Jalankan Saringan Di Masjid Sri Petaling

oleh
13/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Petugas Kementerian Kesihatan bertungkus-lumus menjalankan saringan COVID-19 di Masjid Sri Petaling, di sini sejak dua hari lepas setelah seorang peserta perhimpunan tabligh yang diadakan di masjid itu pada 28 Feb, disahkan positif virus itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata pasukan kementerian telah mendapat kerjasama penuh daripada semua pihak iaitu peserta, petugas dan pelajar.

“Pegawai kesihatan kami dari Lembah Pantai disokong oleh petugas dari negeri lain untuk mengesan dan menjejaki semua peserta.

“Ia sememangnya tugas yang besar dan menakutkan, namun kita perlu bersedia untuk berkongsi tanggungjawab kerana semua orang dapat membantu melindungi diri mereka dan masyarakat,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata masjid itu akan ditutup buat sementara untuk kerja-kerja disinfeksi.

Dr. Adham juga menggesa mereka yang menyertai perhimpunan itu supaya segera diuji jika mereka mula mengalami gejala virus itu.

Tags: Covid-19KKMmasjid sri petalingtabligh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd