• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Covid-19: Pekebun Getah, Sawit Boleh Teruskan Aktiviti

oleh
19/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penoreh getah dibenarkan meneruskan aktiviti menoreh bagi memastikan keperluan bekalan bahan mentah untuk penghasilan produk peralatan perubatan seperti sarung tangan dan kateter.

Selain itu, mereka yang bekerja di industri perladangan sawit turut diberi kelonggaran meneruskan aktiviti.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, berdasarkan kepada kepentingan, Kabinet yang bermesyuarat pada pagi ini memberi kelonggaran kepada sektor perladangan dan komoditi.

“Kementerian mengambil maklum kepentingan industri getah dan sawit yang menyumbang kepada rantaian bekalan seperti pembekalan minyak masak dan peralatan perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kelonggaran tersebut merangkumi kebenaran penuaian buah tandan segar sawit oleh syarikat perladangan dan pekebun kecil selain membenarkan pemprosesan dilaksanakan kilang sawit.

“Kerajaan turut membenarkan pemprosesan minyak sawit mentah di kilang penapis untuk pengeluaran minyak masak bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan.

“Penorehan getah dibenarkan bagi tujuan pembekalan bahan mentah untuk penghasilan produk peralatan perubatan seperti sarung tangan dan kateter.

“Kabinet juga membenarkan aktiviti bagi sektor perkayuan beroperasi untuk memenuhi kontrak sedia ada yang telah dimeterai,” katanya.

Beliau berkata, semua pihak yang terlibat di dalam aktiviti yang dinyatakan hendaklah memastikan segala langkah pencegahan dan pengawalan penularan wabak Covid-19 dipatuhi.

“Ini termasuk meminimumkan tenaga kerja dan pergerakan pekerja dengan menjarakkan sentuhan fizikal (social distancing) dan pulang segera ke rumah atau penempatan setelah selesai bekerja.

“Semua pihak diingatkan sentiasa menjaga kebersihan seperti membasuh tangan dengan sabun atau cecair pembasmi kuman,” katanya. – Sinar Harian

Tags: ladang kelapa sawitPenoreh Getahperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penoreh Getah Mengaku Salah Cederakan Warga Emas Guna Parang

Penoreh Getah Mengaku Salah Cederakan Warga Emas Guna Parang

03/09/2024
0

TAIPING: Seorang penoreh getah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki warga...

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd