• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Covid-19: “Jangan Risau, Kami Tak Lari”

oleh
12/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEBANYAKAN jemaah Majlis Ijtimak Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur hadir membuat ujian saringan kesihatan seperti disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengelak penularan wabak Covid-19 dalam komuniti.

Seorang jemaah, Bakri Che Muhamad, 57, berkata, sebaik mengetahui gesaan KKM supaya jemaah yang menghadiri majlis pada 28 Februari hingga 1 Mac itu perlu melakukan ujian saringan Covid-19, dia rasa bertanggungjawab untuk melakukan perkara itu.

“Saya menaiki Grab datang dari Taman Maluri ke masjid ini yang diberitahu ujian saringan akan dibuat di sini.

“Alhamdulillah, hasil ujian sudah diketahui dan saya negatif virus berkenaan berdasarkan beberapa ujian dilakukan doktor,” katanya ketika ditemui di masjid berkenaan hari ini.

Katanya, ramai dalam kalangan jemaah yang dihubunginya menunaikan tanggungjawab masing-masing pergi ke klinik kesihatan daerah terdekat untuk membuat saringan.

“Orang ramai jangan risau, kami tahu tanggungjawab dan datang untuk membuat saringan kesihatan.

“Tiada siapa akan melarikan diri, contoh seperti hari ini ramai yang datang melakukan ujian kesihatan,” katanya.

Katanya, ramai rakannya yang hadir hari ini disahkan negatif Covid-19.

“Alhamdulillah semoga Allah memelihara kami daripada sebarang penyakit berbahaya,” katanya yang juga seorang peniaga.

Menurutnya, majlis ijtimak itu adalah program tahunan yang dihadiri lebih 10,000 jemaah Malaysia.

“Kebanyakan yang datang adalah orang Malaysia tetapi penceramah terdiri daripada maulana dari luar.

“Kebanyakan jemaah yang datang menggunakan pembiayaan sendiri dan aktiviti dilakukan adalah mendengar ceramah serta memantapkan ilmu agama kami,” katanya.

Ditanya sebaik KKM menggesa jemaah tabligh membuat ujian saringan Covid-19, Bakri pada mulanya terkejut.

“Dua anak saya doktor, mereka bertanya ada ke tidak saya pergi ke majlis berkenaan, dan jika ada terus ke klinik kesihatan buat ujian kesihatan.

“Saya bergegas pagi tadi ke klinik kesihatan terdekat dengan rumah namun mereka meminta saya datang ke masjid ini,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi jemaah yang enggan dikenali dari Segambut berkata, dia mengetahui perkara itu sebaik tular di media sosial mengatakan perlu membuat ujian saringan kesihatan.

“Saya memang ada menghadiri majlis ijtimak berkenaan yang diadakan setiap tahun.

“Kami memang akan bermalam di sini ramai-ramai. Tidak tahu pula sehingga ada salah seorang jemaah dari Brunei yang positif Covid-19,” katanya.

Menurutnya, atas rasa tanggungjawab, dia tetap datang membuat ujian saringan kesihatan.

“Tiada apa nak dimalukan, ini demi kepentingan dan keselamatan semua pihak,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19Ijtimak TablighKKMmasjid seri petaling
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd