• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cicit Onn Jaafar Antara Exco Johor

oleh
06/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CICIT kepada Pengasas dan Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar, iaitu Datuk Onn Hafiz Ghazi, 42, antara muka baru barisan Exco Makmur Johor.

Memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia Dan Sukan negeri, Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layang-Layang mengakui tanggungjawab yang digalasnya adalah berat.

Namun Onn, yang juga anak saudara kepada Ketua UMNO bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, dia akan berusaha bersama barisan exco dengan sokongan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Yang akan menjadi fokus pada saya tentunya Tahun Melawat Johor 2020 dan juga persediaan Sukan Malaysia (SUKMA) JOHOR edisi ke-20, yang hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi.

“Saya akan mendapatkan pandangan berjumpa dengan persatuan pelancongan terutama dalam cabaran COVID-19 serta kesannya terhadap pelancongan di negeri ini.

“Saya baru dilantik tetapi masa sangat pendek tetapi saya akan berusaha dan cuba buat yang terbaik atas nasihat Menteri Besar Johor,” katanya yang juga Naib Ketua Bahagian UMNO Simpang Renggam.

Sementara itu, seorang lagi muka baru dalam barisan exco, ADUN Larkin, Mohd Izhar Ahmad yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia.

Kata Mohd Izhar, dia akan mempertingkatkan pelaburan domestik juga pelaburan.

Katanya walaupun mempunyai kekangan kerana masalah penularan COVID-19, dia akan memastikan perniagaan dan perdagangan yang terjejas mampu berdaya saing.

“Kita akan buat apa sahaja perubahan yang bagus, sesuai dan sentiasa relevan di negeri ini.

“Portfolio saya perlaburan jadi saya kena tingkatkan pelaburan domestik di dalam dan perlaburan diluar. Jadi kita pun kena faham dengan keadaan ekonomi ditambah pejularan penyakit virus COVID-19, ada perniagaan perdagangan terjejas, oleh itu saya kena fokuskan mereka supaya mereka boleh berdaya saing,“ katanya. – myMetro Online

Tags: Exco JohorOnn Hafiz GhaziOnn JaafarUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd