• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apakah WARISAN Mahu Main 2 Kolam?

oleh
05/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Percaturan Parti Warisan Sabah (WARISAN) tetap menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad tetapi ingin bekerjasama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sebagai ‘pendirian selamat’ bagi menghadapi segala kemungkinan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, yang mempersoalkan pendekatan itu berkata, mesej sedemikian berupaya diterjemahkan kepada beberapa makna tersirat, termasuk kecenderungan WARISAN menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri ketika sidang Parlimen, Mei ini.

“Hari ini Datuk Seri Shafie Afdal menyatakan WARISAN tetap menyokong Tun Dr. Mahathir tetapi mahu bekerjasama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Apa punya pendirian ini? Mahu main dua kolam? Mahu main selamat?” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shafie yang juga Presiden WARISAN, hari ini mengumumkan kekal dengan pendirian bahawa Negeri Di Bawah Bayu itu tidak akan menyatakan sokongan politik terhadap Perikatan Nasional (PN), merangkumi gabungan UMNO, PAS, Barisan Nasional (BN) dan pecahan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Bagaimanapun, Ketua Menteri Sabah itu memaklumkan, kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan diterajui PN akan terus dijalankan demi kepentingan rakyat dan negeri berkenaan.

Meneliti nada sokongan itu, Abdul Rahman berkata, ia mungkin bermaksud Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU di Sabah tidak akan diberi ruang menjadi sebahagian daripada barisan Kabinet negeri.

“Apakah pendirian BERSATU Sabah pula? Apakah mereka masih mesra WARISAN di Sabah sedangkan Perdana Menteri mereka tidak disokong oleh WARISAN?

“Shafie menidakkan peluang Ahli Parlimen WARISAN untuk menjadi menteri dan timbalan menteri atau memegang jawatan dalam agensi dan GLC (syarikat berkaitan kerajaan).

“Saya masih teringat Shafie dulu memberi alasan bahawa YB (Yang Berhormat) BN melompat ke WARISAN kerana mereka ini mahu bersama dengan kerajaan untuk meneruskan pembangunan di kawasan masing-masing.

“Apa pun, hari ini adalah pandangan Shafie di depan tabir. Esok lusa kita tunggu pula pendirian di belakang tabir Ahli Parlimen WARISAN, pastinya menarik untuk mendengar bisikkan peribadi mereka,” katanya. – BH Online

Tags: Mahathir MohamadMuhyiddin Yassinwarisan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pertemuan 15 ADUN Dengan TYT Positif – Ab Rauf

Next Post

Istiadat Angkat Sumpah KM Melaka Ditangguh

Related Posts

Muhyiddin Tuntut Anwar Mohon Maaf

Muhyiddin Tuntut Anwar Mohon Maaf

07/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) menuntut Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta maaf berhubung kenyataan Perdana Menteri yang mendakwa...

Muhyiddin Kemuka Representasi Mohon Tuduhan Digugurkan – TPR

Muhyiddin Kemuka Representasi Mohon Tuduhan Digugurkan – TPR

06/08/2025
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengemukakan surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi...

Next Post

Istiadat Angkat Sumpah KM Melaka Ditangguh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd