• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aktiviti Masjid, Surau Seluruh Negara Ditangguh 10 Hari

oleh
16/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Solat Jumaat, solat berjemaah serta semua aktiviti di masjid dan surau di seluruh negara ditangguhkan mulai 17 hingga 26 Mac berikutan situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata perkara itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas taklimat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang bersidang semalam.

“Mesyuarat telah mengambil ketetapan berikut, pertama semua aktiviti di masjid dan surau termasuk solat Jumaat dan solat berjemaah ditangguhkan mulai 17 hingga 26 Mac 2020.

“Jawatankuasa masjid dan surau disaran untuk membuat operasi pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah keselamatan mengelakkan jangkitan. Tempoh 10 hari itu adalah tertakluk kepada nasihat dan pandangan KKM,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Kedua, kata Zulkifli, sekiranya berlaku kematian akibat COVID-19, pengurusan jenazah hendaklah dilaksanakan mengikut hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam yang Disyaki atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-107.

Beliau berkata kelonggaran diberikan sekiranya ada kemungkinan wujud kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah.

“Jenazah boleh diuruskan melalui prosedur tayammum di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah itu.

“Bagi pelaksanaan dua perihal itu, Muzakarah menyerahkan kepada pertimbangan pihak berkuasa agama di setiap negeri,” katanya.

Zulkifli berkata berdasarkan titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, pelaksanaan perkara itu juga adalah terpakai di Wilayah Persekutuan.

Tags: masjidsolat jemaahsolat Jumaatsurau
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

553 Kes Positif Covid-19 Di Malaysia

Next Post

4 Langkah Perkukuh PRE Tangani Impak COVID-19

Related Posts

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

22/02/2025
0

HULU SELANGOR: Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul seorang kanak-kanak perempuan ketika mangsa sedang menunaikan solat subuh...

Kes Cabul Di masjid: Suspek Remaja Direman Seminggu Bantu Siasatan

Kes Cabul Di masjid: Suspek Remaja Direman Seminggu Bantu Siasatan

22/02/2025
0

HULU SELANGOR: Seorang remaja berusia 19 tahun direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes cabul kanak-kanak...

Next Post

4 Langkah Perkukuh PRE Tangani Impak COVID-19

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd