• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Faizal Dilantik Menteri Besar Perak Ke-13

oleh
13/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Menteri Besar Perak ke-13.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja kepada Sultan Perak, Kolonel (B) Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor berkata, pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, itu telah diperkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berpandukan Perkara XVI, Ayat 2 (a), Undang-Undang Tubuh Perak Darul Ridzuan,

“Timbangan baginda, Ahmad Faizal memperoleh kepercayaan sebahagian besar daripada ahli Dewan Negeri untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak ke-13,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Istiadat angkat sumpah jawatan dan menandatangani watikah Menteri Besar Perak akan dilangsungkan pada jam 3. 30 petang ini di Istana Iskandariah di sini.

Pelantikan Ahmad Faizal, 50, adalah susulan pembentukan kerajaan baharu menerusi gabungan Perikatan Nasional terdiri daripada UMNO, PAS dan Bersatu yang memperoleh sokongan 32 daripada keseluruhan 59 ADUN.

Beliau sebelum ini dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang ke-12 selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan di Perak pada 2018 lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, selain memenangi DUN Chenderiang dengan majoriti 39 undi, beliau juga menang kerusi Parlimen Tambun dengan majoriti 5,320 undi.

Perikatan Nasional membentuk kerajaan di Perak dengan 25 kerusi UMNO, PAS (3) dan Bersatu (4).

Semalam, ketiga-tiga pemimpin parti Perikatan Nasional menghadap Sultan Nazrin bagi menyembah maklum calon Menteri Besar Perak daripada setiap parti komponen.

Bersatu menamakan Ahmad Faizal, UMNO Perak mencadangkan Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad manakala Pas menerusi Pesuruhjaya, Razman Zakaria.

Krisis pentadbiran di Perak berlaku apabila Bersatu yang diwakili dua ADUN keluar daripada PH menjadikan gabungan itu kehilangan majoriti bagi membentuk kerajaan.

Ketika ini, gabungan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) dalam PH Perak mempunyai 24 kerusi selepas tiga ADUN umum keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas. – Sinar Harian

Tags: Ahmad Faizal AzumuMenteri Besar Perak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

03/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membuat laporan polis mengenai dakwaan...

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd