• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Titah Umat Islam Adakan Solat Hajat Di Rumah

oleh
25/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan semua rakyat mengadakan solat hajat khusus bagi menolak penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata titah itu disampaikan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin kepada pihaknya, petang tadi.

Justeru Zulkifli berharap semua pihak dapat bersama-sama menyahut titah Al-Sultan Abdullah dengan melaksanakannya di rumah dan tempat masing-masing, di samping mematuhi arahan kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini. 

“Solat hajat tersebut boleh dilakukan pada waktu siang atau malam kecuali pada waktu-waktu yang diharamkan solat.

“Begitu juga, marilah kita membanyakkan istighfar, taubat, zikrullah dan amalan ketaatan serta munajat yang tak putus-putus kepada-Nya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkifli turut berkongsi waktu-waktu yang diharamkan solat iaitu sesudah solat Subuh hingga terbit matahari, selepas terbit matahari hingga kadar tujuh hasta pandangan mata (kira-kira 3 darjah), ketika matahari tegak di atas kepala kecuali pada hari Jumaat, selepas solat Asar dan ketika matahari kemerahan di waktu senja hingga terbenam seluruh bulatannya. 

Tags: Al-Sultan AbdullahCovid-19solat hajat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jakim, Jawi Diarah Selaras Solat Hajat Esok Untuk Keselamatan Misi Global Sumud Flotilla

Jakim, Jawi Diarah Selaras Solat Hajat Esok Untuk Keselamatan Misi Global Sumud Flotilla

25/09/2025
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarah menyelaras pelaksanaan solat hajat...

Gempa Bumi Segamat: Agong Titah Semua Masjid Dan Surau Di Johor Laksana Solat Hajat, Doa Selamat

Gempa Bumi Segamat: Agong Titah Semua Masjid Dan Surau Di Johor Laksana Solat Hajat, Doa Selamat

30/08/2025
0

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan semua masjid dan surau di Johor mengadakan solat hajat serta doa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd