• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong, Permaisuri Rakam Ucapan Takziah

oleh
18/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga dua mangsa yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Dalam kenyataan hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka turut menzahirkan harapan agar rakyat Malaysia terus berdoa bersama baginda memohon ihsan ALLAH supaya usaha-usaha membendung wabak Covid-19 dirahmati dan diberkati serta situasi dapat ditangani dan berakhir dengan segera.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua petugas di Kementerian Kesihatan dan agensi kerajaan yang berkaitan, khususnya petugas di barisan hadapan yang telah berkerja dengan semangat yang tinggi dan tanpa mengira penat lelah,” katanya.

Malaysia mencatatkan 673 kes Covid-19 sehingga semalam dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengisytiharkan kematian pertama akibat wabak Covid-19 membabitkan dua lelaki.

Terdahulu, baginda berdua berkenan melawat Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan (KKM) di Putrajaya.

Keberangkatan baginda berdua di CPRC disambut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba; Timbalan Menteri I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali dan Timbalan Menteri II, Datuk Aaron Ago Dagang.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan sama, Ahmad Fadil berkata, ketika di CPRC, Al-Sultan Abdullah diberi sembah taklimat berkenaan operasi pemantauan, pengumpulan dan perkongsian maklumat berkenaan wabak Covid-19.

“Sebagai maklumat balas, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan bahawa baginda telah berbincang dengan Perdana Menteri semasa sesi Pra-Kabinet berkenaan status bekalan perubatan dan disembah maklum bahawa peruntukan akan disediakan mengikut keperluan perubatan semasa,” katanya.

Tags: Covid-19Raja Permaisuri AgongYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

19/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menyentuh mengenai pendidikan negara sempena...

Agong Kurnia DMIJ Kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas, Juruiring Pemangku Sultan Johor

Agong Kurnia DMIJ Kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas, Juruiring Pemangku Sultan Johor

14/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato' Mulia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd