• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Bekas Exco Menghadap Sultan Perak Esok

oleh
11/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUJUH bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak dijangka menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, esok.

Sumber memberitahu pertemuan itu dijadual berlangsung di Istana Kinta, Ipoh pada 5 petang.

Bagaimanapun, tujuan pertemuan berkenaan tidak diketahui.

Antara Exco itu adalah Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin; Dr Abdul Aziz Bari; Howard Lee Chuan How; Tan Kar Hing; Wong May Ing; Datuk Asmuni Awi and A Sivanesan.

Sehingga hari ini, Perak masih belum mempunyai Menteri Besar selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengemuka surat peletakan jawatannya kepada Sultan Nazrin beberapa hari lalu.

Dengan peletakan jawatan itu, semua 10 Exco terlucut jawatan mengikut Perlembagaan Perak.

Pada Isnin, kerajaan Pakatan Harapan (PH) di negeri itu runtuh selepas Exco Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak menarik diri.

Mengenai calon menteri besar yang baharu, pemimpin Bersatu menamakan Ahmad Faizal manakala, UMNO menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan Datuk Saarani Mohamad.

PAS pula meletakkan Razman Zakaria yang juga ADUN Gunung Semanggol.

Berikutan pensejajaran kerajaan, Dewan Undangan Negeri (DUN) menyaksikan Perikatan Nasional memiliki 32 kerusi DUN – UMNO (25), Bersatu (4), PAS (3) dan tiga Bebas. PH memiliki 24 kerusi iaitu DAP (16), Amanah (5) and PKR (3). – myMetro Online

Tags: Exco PerakSultan Nazrin Muizzuddin ShahSultan Perak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerap Berlaku Kemalangan Maut: Sultan Perak Titah Laksanakan Langkah Preventif

Kerap Berlaku Kemalangan Maut: Sultan Perak Titah Laksanakan Langkah Preventif

10/06/2025
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, bertitah langkah preventif perlu dilaksanakan susulan kerapnya kemalangan jalan raya yang meragut nyawa, mutakhir...

Segera Ke Klinik, Hospital Jika Ada Simptom Cacar Monyet – Exco Perak

Segera Ke Klinik, Hospital Jika Ada Simptom Cacar Monyet – Exco Perak

26/08/2023
0

Orang ramai di negeri ini dinasihat supaya segera ke klinik atau hospital berhampiran jika terdapat gejala cacar monyet (mpox). (Ada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd