• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Ditahan Dalam 2 Kes Berasingan

oleh
24/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Enam individu dikesan bukan sahaja gagal mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan, malah mengambil kesempatan melakukan percubaan dan jenayah samun dalam dua kejadian berasingan di Gombak, hari ini dan semalam.

Dalam kejadian pagi tadi, tiga lelaki warga tempatan berusia antara 32 hingga 42 tahun ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan dalam sebuah kereta Perodua Myvi di Jalan Utama Taman Indah Perdana, Kepong.

Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata hasil pemeriksaan sekitar jam 5 pagi itu mendapati terdapat pelbagai alatan dipercayai untuk memecah rumah.

“Ketiga-tiga suspek ditahan dan barang rampasan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam kes kedua, Arifai berkata seorang pekerja kedai runcit warga Indonesia disamun tiga lelaki yang menaiki Proton Wira, jam 8.20 malam tadi.

”Suspek mengacukan senjata jenis kerambit di bahagian perut pengadu dan melarikan barang di kedai itu. Mereka juga memakai topeng muka ketika melakukan jenayah itu.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis Balai Polis Selayang membuat serbuan di Jalan 23 Selayang Baru dan menahan sebuah kereta Proton Wira. Kesemua suspek warga tempatan berusia antara 27 hingga 29 tahun ditahan jam 1.30 pagi tadi,” katanya.

Beliau berkata, dalam kes pertama, ia disiasat mengikut Seksyen 28 (i) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Peraturan 7 di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) manakala kes kedua, disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Tags: GOMBAKjenayah samunperintah kawalan pergerakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

Gangguan Elektrik Di Pusat Kira Undi Gombak

Gangguan Elektrik Di Pusat Kira Undi Gombak

19/11/2022
0

GOMBAK : Pusat pengiraan pengundian di Kolej Vokasional Gombak mengalami gangguan elektrik kira-kira dua minit pada pukul 8.20 malam ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd