• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3,570 Penduduk Simpang Renggam Diperintah ‘Berkurung’

oleh
26/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua kawasan penduduk di Simpang Renggam, Johor menjadi kawasan pertama dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai tengah malam ini, selepas 61 penduduknya dikesan positif COVID-19.

Dua kawasan itu ialah Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan itu dibuat atas nasihat Menteri Kesihatan susulan jumlah jangkitan positif COVID-19 yang tinggi di daerah Kluang.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati 83 kes positif COVID-19 di Kluang dan daripada jumlah itu, 61 kes adalah dari Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid.

“Perintah PKPD membabitkan 3,570 orang penduduk tempatan terdiri daripada 650 keluarga.

“Perintah ini akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini hingga 9 April depan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut.

Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari. – BH Online

Susulan pelaksanaan PKPD ini:

1. Semua penduduk tempatan dan pelawat yang telah berada di kedua-dua kawasan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.

2. Bukan penduduk tempatan dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kedua-dua kawasan sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.

3. Semua aktiviti perniagaan dihentikan.

4. Makanan asas yang mencukupi untuk tempoh 14 hari akan dibekalkan kepada semua penduduk tempatan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

5. Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD.

6. Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

7. Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.

8. Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

9. Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas 07-7735224 / 07-7722434.

Tags: Covid-19Perintah Kawalan Pergerakan DiperketatkanSimpang Renggam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Tolong Doakan Kami” – Raja Permaisuri Agong

Next Post

Ke Taiwan Dengan Mira Filzah Bila Keadaan Tenang

Related Posts

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Mpox Merebak Melalui Kontak Rapat Berpanjangan, Tidak Mudah Menular Seperti COVID-19 – Pakar

Mpox Merebak Melalui Kontak Rapat Berpanjangan, Tidak Mudah Menular Seperti COVID-19 – Pakar

01/09/2024
0

KOTA BHARU: Kanak-kanak, individu berimuniti rendah, penghidap ekzema dan wanita mengandung mudah mendapat jangkitan Mpox atau cacar monyet yang teruk...

Next Post

Ke Taiwan Dengan Mira Filzah Bila Keadaan Tenang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd