• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Buruh Bangladesh Maut Tertimbus

oleh
06/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Dua buruh warga Bangladesh maut selepas tertimbus tanah runtuh di sebuah tapak projek perumahan di Mentakab, Temerloh dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Yusri Othman berkata kejadian dipercayai berlaku pada 4.15 petang semasa kedua-dua mangsa bersama seorang lagi rakan mereka sedang melakukan kerja-kerja menanam paip najis.

Mangsa dikenal pasti sebagai Md Shoriful, 43, dan Julhas Rahman, 27, berdasarkan maklumat lisan rakan sekerja mereka.

“Kedua-dua mangsa difahamkan berada dalam lubang yang dianggarkan sedalam enam meter dan terdapat dua jentera di atas yang melakukan kerja-kerja mengorek tanah.

“Timbunan tanah di bahagian tepi lubang dikatakan telah runtuh semasa kerja-kerja itu dilakukan dan menimbus mereka,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Mohd Yusri berkata rakan sekerja mangsa cuba untuk menyelamatkan mereka namun hanya mampu mengeluarkan seorang daripada mereka berikutan kewujudan tanah runtuhan yang banyak.

Beliau berkata pihak bomba berjaya mengeluarkan Md Shoriful pada 4.45 petang manakala mangsa kedua ditemui kira-kira 15 minit kemudian.

Jenazah kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk bedah siasat.

Setakat ini, siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu, katanya.

Tags: Buruh Binaankemalangan mautWarga Bangladesh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd