• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

13 Ketua Kampung PH Labuan Letak Jawatan, Sertai Bersatu

oleh
09/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Seramai 13 daripada 27 orang ketua kampung di Labuan yang mewakili parti Pakatan Harapan (PH) hari ini meletak jawatan dengan serta-merta dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Daripada 13 ketua kampung itu, lima daripada parti Parti Amanah Negara (Amanah), lima daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tiga daripada Warisan.

Peletakan jawatan mereka adalah susulan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 24 Februari lalu sebaik Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan dan susulan peralihan kuasa daripada PH ke Perikatan Nasional yang dijangka membentuk Kabinet pada Selasa depan.

Yang meletak jawatan adalah ketua kampung Kg Bukit Kalam, Kg Bebuloh, Sg Lada, Sg Miri, Sg Labu, Lajau, Kg Sg Bangat, Patau-Patau 2, Pohon Batu, Bukit Kuda, Sg Buton, Sg Bedaun dan Lubok Temiang.

Ketua badan pimpinan Bersatu Labuan Datuk Suhaili Abd Rahman berkata, peletakan jawatan mereka ini disifatkan sebagai keputusan yang sebaiknya dilakukan berikutan ketiga-tiga parti yang mereka wakili telah menjadi blok pembangkang.

“Ia seperti sebelum ini, semasa peralihan kuasa antara Barisan Nasional (BN) kepada PH sebaik Pilihan Raya Umum ke-14, yang kesemua ketua kampung diminta untuk letak jawatan. Tapi tindakan mereka hari ini, adalah mereka dahulu yang meletak jawatan sebelum diminta berbuat demikian,” katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Suhaili berkata, kesemua ketua kampung yang menyertai Bersatu adalah juga atas dasar keyakinan kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Presiden Bersatu.

“Saya difahamkan akan ada lagi menyusul meletak jawatan dan menyertai Bersatu dalam masa beberapa hari,” katanya.

Bagi Mat Said Harris, 59, yang merupakan Ketua Penerangan PKR Labuan berkata, beliau meletakkan jawatan dan menyertai Bersatu adalah atas dasar memastikan kesinambungan perkhidmatan kepada penduduk kampung di platform yang lebih kukuh iaitu parti pemerintah kerajaan.

Tags: BERSATUketua kampungLabuanpakatan harapanperikatan nasional
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

Mayat Kanak-kanak Ditemui Dalam Kereta Ditinggalkan Di Labuan

Mayat Kanak-kanak Ditemui Dalam Kereta Ditinggalkan Di Labuan

28/11/2025
0

LABUAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan maut dalam kereta yang ditinggalkan di kawasan perindustrian Kampung Muslim, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd