• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wartawan Didakwa Sebar Berita Palsu Koronavirus

oleh
05/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang wartawan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyebar berita palsu dipercayai berkaitan koronavirus bulan lalu.

Tertuduh, Wan Noor Hayati Wan Alias, 41, mengaku tidak bersalah di atas kesemua pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Tawfiq Affandy Chin.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, wanita itu didakwa membuat tiga pernyataan berasingan menggunakan laman sosial Facebook atas nama ‘Ibu Yati’.

Tertuduh didakwa membuat pernyataan itu dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam atau mana-mana golongan awam.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan pada jam 10 malam, 26 Januari lalu di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 505 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azma meminta mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, wartawan yang masih bertugas di salah sebuah syarikat akhbar merayu supaya jaminan diberi dalam jumlah yang rendah.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan turut menetapkan kes disebut semula pada 11 Mac ini. – Sinar Harian

Tags: berita palsukoronaviruswartawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Wartawan veteran dan pengasas TwentyTwo13, Haresh Deol, diserang dua individu ketika ingin masuk ke dalam keretanya di Bangsar,...

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

03/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 124 wartawan dan petugas media terbunuh sepanjang tahun 2024, menjadikannya tahun paling berdarah sejak Jawatankuasa Melindungi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd