• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Peluk Islam Pada Usia 84 Tahun

oleh
09/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Seorang wanita warga emas yang hidup sebatang kara diberi hidayah untuk kembali kepada fitrah.

Memeluk Islam pada usia 84 tahun, kisah Mariam memberi inspirasi kepada orang ramai apabila dia bersyukur dipilih ALLAH menjadi seorang Muslim dan kini merasa hidupnya semakin tenang.

Menerusi entri Instagram miliknya, Mariam berkongsi, dia pertama kalinya menjejakkan kaki di Redbridge Islamic Center (RIC) pada 19 Disember 2019 dan mengucap dua kalimah syahadah di sana.

Mariam tiada keluarga atau pun adik-beradik, namun tergerak hati untuk pergi ke masjid tersebut dan kini bersama saudara seislam di RIC mendalami ilmu Islam dan tidak lagi bersendirian.

Pada entri tersebut, Mariam turut mempelajari kata-kata seperti alhamdulillah, bismillah dan Allahuakbar.

Bercerita lanjut, Mariam memberanikan diri untuk ke RIC sebelum dipelawa seorang wanita dan menjemputnya masuk.

Ketika sedang duduk, Mariam bertanyakan kepada jemaah apa yang mereka sedang lakukan dan mereka menjawab sedang bersolat.

Setelah diberi penerangan terperinci apa itu solat, kiblat, secara tiba-tiba Mariam bertanya, bagaimana untuk dia menjadi seorang Muslim?

“Saya mahu menjadi seorang Muslim,” katanya.

Rentetan itu, kini Mariam atau nama sebenarnya Maria bergelar mualaf.

Kisah Mariam yang sungguh menyentuh hati itu pastinya menarik perhatian netizen termasuk pelayar Twitter Muslim Daily yang mendoakan agar Mariam terus beristiqamah dalam menjadi seorang Muslim hebat.

“Saya hiba melihat Mariam mengucap syahadah. Hidayah itu milik ALLAH, pada usia sebegini dia tetap diberi hidayah,” kata Fitriana.

Kata Ukti, “Selamat datang, Allahuakbar, moga ALLAH berkati perjalanan kamu.” – Agensi

Tags: hidayahPeluk IslamUnited Kingdomwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Fikir Tentang Kematian” — Lelaki Peluk Islam Di Pejabat MRM

“Saya Fikir Tentang Kematian” — Lelaki Peluk Islam Di Pejabat MRM

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Perkongsian pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menyentuh hati ramai apabila mendedahkan kisah seorang lelaki dari Sarawak...

Staf JDT Peluk Islam Disaksikan Tunku Mahkota Ismail Di Masjid Jamek Pasir Pelangi

Staf JDT Peluk Islam Disaksikan Tunku Mahkota Ismail Di Masjid Jamek Pasir Pelangi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Satu lagi kisah menyentuh hati dilaporkan apabila seorang staf kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd