• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita China Ludah Butang Lif Kerana Marah

oleh
17/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHONGQING – Seorang wanita China bertindak meludah butang lif di bandar Chongqing yang dikhuatiri mampu menyebarkan wabak koronavirus (Covid-19).

Tindakan tersebut berjaya direkodkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan wanita tersebut berulang kali meludah ke butang lif berkenaan.

Video yang kini tular di media sosial itu kemudian memperlihatkan beberapa penduduk lain masuk untuk menggunakan lif yang sama dan menekan butang yang telah diludah wanita tersebut sebelum itu, lapor Daily Mail.

Suspek wanita berusia 48 tahun yang hanya dikenali sebagai Li dilihat sengaja meludah ke butang lif itu atas alasan ingin meluahkan amarah selepas bergaduh dengan seorang penduduk di situ.

Dalam pada itu, polis dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa suspek telah ditahan dan hasil siasatan mendapati dia tidak mengalami jangkitan koronavirus.

“Hasil siasatan, kita telah mengesahkan bahawa wanita itu sihat secara fizikal dan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan warga Hubei,” katanya.

Perbuatan tidak bertamadun itu bukan sahaja dilakukan oleh Li, malah terdapat seorang lelaki di Nanning dirakam meludah pada tisu dan kemudian menggosok tisu berkenaan berulang kali pada butang lif, kini tular di media sosial.

Walau bagaimanapun, menurut sumber, polis tempatan telah pun menahan individu itu selama 10 hari dan mendapati dia tidak mengalami sebarang simptom Covid-19.

Selain dua video tular itu, beberapa video lain turut dikongsi di media sosial memperlihatkan tindakan tidak bertamadun oleh individu berbeza di China. – Agensi

Tags: ChinaCovid-19koronaviruspengotor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Huruf S Yang Menakutkan Sebuah Keluarga

Next Post

Emma Maembong Bakal Nikah Khamis Ini?

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

05/06/2025
0

Butterworth: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 86,086 unit peranti rokok elektronik (vape) dan 996.5 liter cecair bernilai lebih RM5.14...

Next Post

Emma Maembong Bakal Nikah Khamis Ini?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd