• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Johor Minta ADUN Pilih PH Atau Gabungan Baharu

oleh
26/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini, supaya menyatakan pilihan mereka sama ada gabungan baharu atau Pakatan Harapan (PH) pada pertemuan di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di sini hari ini.

Perkara terbabit dinyatakan beberapa ADUN yang ditemui pemberita di luar bangunan berkenaan selepas mereka selesai menyatakan pendirian masing-masing berhubung situasi politik semasa.

ADUN Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad berkata, pertemuan secara individu berkenaan amat ringkas dan berlangsung lancar, kurang dari tempoh lima minit.

“Saya rasa ringkas sahaja (pertemuan beliau dengan Sultan Johor) tidak sampai lima minit.

“Saya tadi sudah membuat pilihan, ia berjalan baik dan saya mengucapkan terima kasih kepada Sultan Johor yang membantu menyelesaikan krisis politik,” kata Dzulkefly yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor.

ADUN Bekok, Dr. S Ramakrishnan pula berkata Sultan Johor meminta semua ADUN yang hadir supaya membuat pilihan secara individu yang memakan masa kurang seminit setiap orang.

“Hanya satu soalan sahaja (ditanya Sultan Johor), Pakatan Harapan atau gabungan,” katanya.

Sementara itu, ADUN Parit Yaani, Aminolhuda Hassan pula yakin situasi politik di negeri ini selesai apabila situasi sama selesai di peringkat Persekutuan.

Yaani yang juga Pengerusi Amanah Johor berkata dalam pertemuan itu, Sultan Johor ingin tahu dia (Yaani) menyokong pihak mana.

Terdahulu, Sultan Ibrahim yang tiba pada jam 2.44 petang dilihat keluar meninggalkan bangunan itu pada kira-kira jam 5.09 petang selepas selesai mengadakan pertemuan lebih dua jam dengan kesemua ADUN yang hadir.

Tags: ADUN JohorSultan Ibrahim Sultan IskandarSultan Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Sekarang Bukan Musim Pilihan Raya, Tumpu Khidmat Kepada Rakyat’ – Tunku Mahkota Ismail

‘Sekarang Bukan Musim Pilihan Raya, Tumpu Khidmat Kepada Rakyat’ – Tunku Mahkota Ismail

16/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bahawa ketika ini bukan musim...

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd