• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Masih Tunggu Dokumen SFO Berkaitan Kes AirAsia

oleh
11/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menunggu maklumat lanjut berkaitan dakwaan rasuah oleh Serious Fraud Office (SFO) United Kingdom (UK), membabitkan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia dengan pembekalnya, Airbus SE.

Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya, berkata ia berikutan dokumen dimuat naik dan diterbitkan dalam laman sesawang SFO itu, sebelum ini lebih menyentuh mengenai Airbus SE.

Katanya, maklumat berkenaan datangnya dari UK kerana ia berdasarkan siasatan dijalankan oleh SFO dan pihaknya tidak boleh membuat kenyataan sehingga memperoleh dokumen berkaitan.

“Kami tidak tahu sama ada perlu menghubungi Tony (Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Bhd., Tan Sri Tony Fernandes) dan Kamaruddin (Pengerusi AirAsia Group Bhd., Datuk Kamaruddin Meranun) sehingga memperoleh dokumen terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Simposium Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 mengenai Pengaliran Utama Gender dan Permerkasaan Wanita untuk Melawan Rasuah, di sini, hari ini.

Latheefa berkata, apabila membabitkan permohonan bersifat antarabangsa atau Bantuan Perundangan Bersama (MLA), ia mengambil masa kerana pihak terbabit bukan hanya menerima satu sahaja permohonan sebaliknya ramai lagi berbuat demikian.

Katanya, pihak terbabit mungkin mempunyai keutamaan sendiri dan SPRM hanya akan memutuskan keperluan untuk memanggil Fernandes atau Kamaruddin selepas melihat dokumen terbabit.

AirAsia pada 1 Februari lalu, menjelaskan tidak terbabit dengan sebarang siasatan mengenai Airbus yang dikendalikan SFO.

Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan, turut menolak dan menafikan semua dakwaan salah laku dalam artikel yang mengaitkan perjanjian dilakukannya mengenai penajaan sebuah pasukan sukan dimiliki eksekutifnya.

Susulan dakwaan itu, Fernandes dan Kamaruddin melepaskan jawatan eksekutif jawatan masing-masing berkuat kuasa serta merta untuk tempoh awal selama dua bulan, bertujuan memberi peluang kepada siasatan penuh dan bebas dilakukan AirAsia. – BH Online

Tags: AirAsiaAirbusrasuahUnited Kingdom
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd