• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Lagi Ditahan Serang Program Syed Saddiq

oleh
02/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan seorang lagi individu bagi membantu siasatan kes kekecohan pada satu program Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor yang diadakan secara tertutup di Ulu Tiram di sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, individu itu ditahan lewat petang semalam di Johor Bahru.

Perkembangan itu, katanya, menjadikan jumlah suspek yang ditangkap setakat ini adalah seramai tiga orang termasuk dua individu yang telah diberkas pada Jumaat malam.

“Ketiga-tiga mereka ini berumur lingkungan 30-an dan perintah reman terhadap mereka akan dipohon daripada mahkamah hari ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di sini hari ini.

Mohd Kamarudin berkata, siasatan juga sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada kesemua suspek mempunyai kaitan dengan parti-parti politik.

“Kita sedang mengenal pasti latar belakang mereka dan parti politik mereka sebelum ini dan yang sekarang,” katanya mengulas perkembangan terkini kes berkenaan.

Beliau berkata, semua masyarakat harus menghormati undang-undang dan tidak bertindak di luar batasan dalam sesuatu perkara.

“Saya ingat statement (kenyataan) daripada Ketua Polis Negara (Tan Sri Abdul Hamid Bador) mengenai perkara ini jelas supaya semua orang menghormati undang-undang, tidak ada sesiapa pun berada di luar batas undang-undang,” katanya.

Semalam, Abdul Hamid mengingatkan orang ramai supaya tidak mempolitikkan insiden itu dan menyebarkan sebarang maklumat yang tidak berasas melalui mana-mana platform komunikasi atau media sosial bagi mengelakkan ketidaktenteraman awam dalam negara.

Pada Jumaat lepas, kira-kira 200 individu didakwa mencetuskan kekecohan dengan mengeluarkan kata-kata kesat, lucah dan ugutan kepada Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika satu program tertutup bersama Armada Johor.

Tags: armada bersatuPolis JohorSyed Saddiq
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Di Mana Polis Ketika Syed Saddiq Dikepung?

Next Post

Serangan Virus Selesema Burung Di Hunan, China

Related Posts

Syed Saddiq Berniat Jahat, Guna Alasan Manfaat Politik Untuk Arah Keluar RM1 Juta: Pendakwaan

Syed Saddiq Berniat Jahat, Guna Alasan Manfaat Politik Untuk Arah Keluar RM1 Juta: Pendakwaan

20/03/2025
0

Putrajaya: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berniat jahat dengan berselindung di sebalik alasan political mileage (manfaat politik)...

Rayuan Syed Saddiq Mula Didengar, Esok Sambung Hujahan Pendakwaan

Rayuan Syed Saddiq Mula Didengar, Esok Sambung Hujahan Pendakwaan

19/03/2025
1

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mula mendengar hujahan daripada pihak pembelaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang...

Next Post

Serangan Virus Selesema Burung Di Hunan, China

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd