• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramli Din Dilantik Pengarah JSJN Bukit Aman

oleh
07/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DATUK Ramli Din dilantik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang baharu menggantikan Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Mohd Khalil bersara wajib pada Ahad ini selepas 38 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majlis serah terima tugas jawatan nombor satu dalam JSJN itu disaksikan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador di Bukit Aman, hari ini.

Abdul Hamid berkata, Mohd Khalil adalah seorang pegawai kanan PDRM yang cemerlang dan telah membuat pelbagai transformasi dalam JSJN.

Beliau berkata, JSJN membawa pelbagai kejayaan dalam membanteras penyalahgunaan dadah di negara ini sehingga mendapat perhatian daripada pihak kerajaan.

“Beliau (Mohd Khalil) seorang pegawai kanan yang mempunyai integriti dan dedikasi yang tinggi dalam PDRM.

“Saya beruntung dapat pegawai kanan seperti beliau dan beliau seorang pegawai yang menyenangkan sesiapa yang berinteraksi dengannya,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Mohd Khalil yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan menyertai PDRM pada 1982 dan menjawat pelbagai jawatan penting antaranya Komander Unit Peronda Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Setiausaha PDRM, Ketua Polis Daerah Putrajaya dan Ketua Polis Johor.

Tags: Pengarah JSJNRamli Din
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohd Khalil Dilantik Pengarah JSJN Bukit Aman

14/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit...

Vellfire Pengarah JSJN Dijumpai Di Teluk Intan

23/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Kenderaan rasmi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh yang dicuri pada 18...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd