• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruncit Rayu Rebat Sewa 6 Bulan Kesan Covid-19 Pada Jualan

oleh
17/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Sekumpulan persatuan peruncit merayu pusat membeli-belah dan pemilik rumah kedai memberikan rebat sewa sehingga 50% selama 6 bulan ekoran wabak Covid-19, yang menurut mereka memberi kesan besar pada perniagaan.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata wabak itu bukan hanya memberi kesan pada industri pelancongan tetapi juga menyebabkan pembeli mengelak daripada pusat membeli-belah.

Mereka menggesa tuan tanah membantu mereka “melindungi pekerjaan dan mendorong penggunaan domestik untuk kebaikan ekonomi” kerana sewa membentuk sebahagian besar kos operasi.

Mereka juga menggesa kerjasama yang baik antara tuan tanah dan penyewa.

“Ramai ahli kami melaporkan jualan turun sehingga 50% dengan beberapa ahli menjangkakan hasil turun kepada lebih 80% dalam 3 bulan akan datang.

“Kami meminta bantuan untuk mengharungi masa sukar ini,” katanya, dan menambah mereka bukan meminta rebat atau potongan sewa jangka masa panjang.

Mereka berkata inisiatif sama sudah dilaksanakan di Hong Kong dan Singapura.

Peruncit berkata walaupun belum ada perniagaan ditutup, banyak outlet makanan dan minuman agak lengang kerana “pembeli elak pusat membeli-belah”.

Kenyataan ditandatangani Persatuan Peruncit-peruncit Malaysia (MRA), Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA), Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO), Persekutuan Rantaian Runcit dan Francais Asean (ARFF), dan Persatuan Penjenamaan Malaysia (BAM).

Ia juga berkata outlet runcit juga perlu menanggung kos tambahan dengan menggaji lebih ramai pembersih bagi menyapu kawasan awam, kakitangan pentadbiran bagi mengukur suhu, dan menyediakan lebih banyak pensanitasi tangan di lokasi-lokasi strategik.

Beberapa industri terkesan dengan wabak itu – yang sudah meragut 1,700 nyawa – terutama sektor pelancongan.

Bank Negara baru-baru ini berkata wabak itu akan memberi kesan pada pertumbuhan bagi suku pertama 2020.

Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad akan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi pada 27 Februari bertujuan mengurangkan impak ekonomi luaran, manakala beberapa bank membenarkan klien yang terkesan dengan Covid-19 menangguhkan bayaran pinjaman. – FMT

Tags: ChinaCovid-19koronavirusperuncitwabak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd