• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelabur Tak Terima Idea PH Bentuk Kerajaan Semula – Najib

oleh
26/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Prestasi Bursa Saham dan nilai ringgit yang masih meneruskan trend lemah pada hari ini membuktikan para pelabur tidak menyambut baik hasrat Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk semula kerajaan dengan majoriti mudah.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat, tiada pelabur yang sanggup memperjudikan wang mereka kepada kerajaan yang tidak stabil.

“Kenapa pelabur tak sambut baik berita bahawa PH mungkin dapat majoriti mudah untuk kembali sebagai kerajaan?

“Siapa akan yakin dengan kerajaan yang sekejap bubarkan sendiri dan sekejap lagi mahu kembali?

“Bubarlah parlimen dan buat PRU baru untuk mengembalikan kestabilan kerajaan.

“Supaya keyakinan rakyat dan pelabur terhadap ekonomi negara boleh dipulihkan secepat mungkin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ketika dibuka pagi tadi indeks penanda aras FBMKLCI merekodkan kerugian hampir 15 mata kepada 1,485.89.

Ia masih berada di bawah paras psikologi.

Ketika krisis peralihan kuasa memuncak pada Isnin lalu, Bursa Malaysia menjunam melebihi 40 mata dan mencatatkan kerugian sebanyak RM43.4 bilion dalam masa satu hari.

Semalam, Barisan Nasional dan PAS mempersembahkan pandangan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong supaya Parlimen dibubarkan dan pilihan raya umum diadakan bagi membentuk kerajaan yang baharu.

Idea tersebut bagaimanapun ditolak oleh PH yang mengatakan mereka mempunyai sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu dengan majoriti mudah. – MalaysiaGazette

Tags: Bursa SahamNajib Tun Razakpakatan harapanPelaburRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd