• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Cuba Kerjasama Dengan Mahathir Sebelum PRU-14

oleh
05/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS tidak menyokong Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak sebelum dan ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hasan, berkata parti itu sebaliknya cuba bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum PRU-14.

Malah, katanya, PAS mengadakan rundingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) khususnya dengan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, tetapi tidak menjadi kenyataan.

“Kenyataan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail, bahawa ‘PAS menyokong Najib dan mengubah sokongan kepada Dr. Mahathir selepas Najib jatuh’ tidak benar sama sekali.

“Saya meminta Setiausaha Agung PKR jangan berpura-pura tidak tahu atau pun sila ambil maklum (sekiranya benar-benar tidak tahu) bahawa PAS tidak menyokong BN yang dipimpin oleh Najib Razak sebelum dan semasa PRU-14.

“Sebaliknya PAS cuba bekerjasama dengan Dr Mahathir sebelum PRU-14 lagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Laporan sebelum ini menyebut, Saifuddin menyifatkan sokongan PAS terhadap Dr Mahathir berlaku selepas Najib kalah pada PRU-14 lalu.

Baru-baru ini, sebuah portal berita menyiarkan laporan dan gambar pertemuan Dr. Mahathir dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, yang turut mendakwa akan berlaku kerjasama politik antara kedua-dua parti.

Takiyuddin berkata, hakikat PAS tidak bekerjasama dan tidak berkompromi dengan BN pada PRU-14 apabila bertanding bersendirian di 150 kerusi Parlimen menentang BN dan Pakatan Harapan (PH) sehingga mewujudkan pertandingan tiga penjuru.

Malah, katanya, keadaan yang menyaksikan PH merampas Kerajaan Pusat selepas memenangi PRU-14 itu mustahil boleh berlaku jika PAS menyokong atau bekerjasama dengan BN.

“PAS cuba bekerjasama dan mengadakan rundingan dengan BERSATU. Namun, ia tidak terlaksana kerana syarat PAS supaya kerjasama tidak boleh membabitkan DAP, tidak dapat dipenuhi oleh BERSATU.

“Kesediaan PAS untuk menerima kepemimpinan Dr. Mahathir bukan hanya selepas PRU-14 sebagaimana dikatakan Saifuddin.

“Kini PAS terus menyatakan dan bersedia membantu Dr Mahathir memimpin negara memandangkan kemampuan beliau menjamin kedudukan Islam dan Melayu, walaupun mengambil kira kepentingan dan hak semua kaum lain,” katanya. – BH Online

Tags: Barisan NasionalMahathir MohamadNajib Tun RazakPASPRU-14
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rosmah Didakwa ‘Bossy’ Boleh Pengaruhi Keputusan Kerajaan

Next Post

Elak Provokasi Ketika Perarakan Sempena Thaipusam

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

06/10/2024
0

SHAH ALAM - Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan memiliki unsur lucah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post

Elak Provokasi Ketika Perarakan Sempena Thaipusam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd