• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nama Rasmi Koronavirus Beberapa Hari Lagi

oleh
05/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Jawatankuasa Antarabangsa mengenai Taksonomi Virus (ICTV) diberi tanggungjawab untuk memutuskan nama rasmi bagi koronavirus.

Pembantu profesor di Pusat Johns Hopkins untuk Keselamatan Kesihatan, Dr. Crystal Watson berkata, tugas menamakan virus baharu itu sering tertangguh kerana tumpuan utama adalah pada maklum balas kesihatan masyarakat.

Bagaimanapun, terdapat beberapa sebab mengapa menamakan virus menjadi keutamaan.

Merujuk kepada nama sementara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Watson berkata, 2019-nCov adalah nama yang sukar digunakan dan ia mengakibatkan media serta orang awam menggunakan istilah berbeza.

“Adalah bahaya jika tidak mempunyai nama rasmi kerana orang akan mula menggunakan istilah seperti Virus China dan ia boleh mencetuskan tindak balas terhadap populasi tertentu,” katanya seperti dilaporkan BBC hari ini.

ICTV membincangkan isu tersebut kira-kira dua minggu lalu dan telah menyerahkan nama itu kepada jurnal saintifik untuk penerbitan serta pengumuman rasmi beberapa hari lagi.

Difahamkan, garis panduan WHO tentang menamakan penyakit berjangkit manusia baharu adalah ia tidak perlu melibatkan lokasi geografi seperti bandar, negara, wilayah atau benua.

Badan kesihatan itu turut menyebut, Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS), selesema Sepanyol dan ensefalitis Jepun adalah antara contoh nama yang harus dielakkan.

Garis panduan juga mencadangkan nama penyakit boleh merangkumi istilah deskriptif generik khusus seperti kumpulan umur, tempoh masa, musim dan alam sekitar. – Agensi

Tags: 2019-nCoVkoronavirus
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dadah Bernilai RM15.5 Juta Dirampas

Next Post

Anggota JPJ Tak Mengaku Terima Rasuah

Related Posts

PRU15 Dijangka Pada Separuh Kedua 2021

16/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kemungkinan akan diadakan pada separuh kedua 2021 (H2 2021) sebaik sahaja situasi...

China Beri Keutamaan Vaksin Covid-19 Kepada Malaysia

26/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Malaysia telah disenaraikan sebagai negara yang akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin koronavirus (Covid-19) daripada China, kata...

Next Post

Anggota JPJ Tak Mengaku Terima Rasuah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd