• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nama Jho Low Belum Disenarai Di Laman Web INTERPOL

oleh
19/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis antarabangsa (INTERPOL) mengesahkan pihaknya belum menyenaraikan nama ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dalam laman web rasmi agensi itu.

Pejabat Media INTERPOL dalam kenyataan kepada BH menegaskan agensi itu tidak akan menyenaraikan semua nama individu dikehendaki dan dikenakan notis merah menerusi laman web rasminya.

Mana-mana pihak di negara ini yang berhasrat untuk mendapatkan maklumat berkaitan Jho Low diminta merujuk kepada pihak berkuasa Malaysia.

“Jika mana-mana pasukan polis daripada 194 negara anggota INTERPOL berkongsi maklumat dengan Sekretariat Agung INTERPOL di Lyon (Perancis) membabitkan siasatan dan individu berkaitan, maklumat itu kekal rahsia dengan negara berkenaan.

“INTERPOL tidak akan memberikan komen terhadap kes itu kecuali dalam situasi tertentu dan disertakan dengan persetujuan negara berkaitan,” katanya.

Kelmarin, INTERPOL didakwa sepatutnya sudah menyenaraikan nama Jho Low sebagai individu dikehendaki menerusi laman webnya, selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, dipetik berkata biasanya, proses permohonan itu tidak mengambil masa lama dan ia akan dilakukan secepat mungkin bagi membantu serta melengkapkan siasatan sesuatu kes.

Setakat semalam, laman web INTERPOL hanya menyenaraikan lima warga Malaysia sebagai orang dikehendaki iaitu Umar Sirul Azhar, 49; Lai Foo Siong, 38; Koh Ing Kueh, 44; Tan Lok Seng, 52 dan Loo Soon Aik, 39.

Berdasarkan senarai itu, Umar Sirul menjadi nama yang paling popular selepas didakwa terbabit dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Sharibu.

Sirul yang kini dalam tahanan di Brisbane, Australia, selepas melarikan diri dari negara ini pada 2015, menegaskan bahawa dia diarahkan oleh ‘individu penting’ untuk membunuh wanita itu.

Notis merah dikeluarkan apabila seseorang individu dikehendaki sesebuah negara untuk pendakwaan atau untuk menjalani hukuman berdasarkan waran tangkap atau keputusan mahkamah. – BH Online

Tags: altantuya sharibuInterpolJho Lowumar sirul azhar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

08/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia terus komited bekerjasama dengan agensi antarabangsa untuk membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd