• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misi Kedua Bawa Pulang 75 Rakyat Malaysia Dari Wuhan

oleh
21/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, seramai 75 warganegara Malaysia dan pasangan serta anak mereka di Wuhan, China dijadualkan dibawa pulang pada 25 Februari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Kementerian Luar dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama syarikat penerbangan AirAsia sedang menguruskan butiran terbabit.

Katanya, jumlah itu adalah mereka yang sudah bersedia untuk dibawa pulang.

“Misi HADR-Wuhan kedua ini akan diuruskan sama seperti misi pertama, sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semua akan melalui saringan kesihatan di Unit Kecemasan Udara (ADU) sebelum dihantar ke Akademi Kepemimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) untuk pemantauan 14 hari.

“Saya faham mereka berdepan dengan masalah logistik kerana ada yang bukan dari Wuhan.

“Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe Wuhan jauh dari tempat mereka dan yang ada itu memang bersedia kerana negara lain ada dua misi bantuan untuk bawa pulang (rakyat mereka).

“Ini misi kedua. Misi ketiga belum ditentukan kerana ini mungkin misi terakhir,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tertinggi, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) Kluster Penyakit COVID-19, hari ini.

Pada 4 Februari lalu, seramai 133 individu masing-masing 107 rakyat Malaysia yang berdepan perintah berkurung di bandar raya dalam wilayah Hubei, selain 12 kru pesawat, lapan petugas misi HADR dan enam pegawai Kedutaan Malaysia dari Beijing, dibawa pulang dari Wuhan.

Sebaik tiba, penumpang dan kru pesawat AK8264 berkenaan terus dibawa ke ADU KLIA untuk tapisan kesihatan.

Sementara itu, Dr. Wan Azizah berkata, tiada kes baharu positif COVID-19 dilaporkan hari ini, dengan jumlah kumulatif kes COVID-19 dilaporkan kekal 22 kes.

Katanya, hanya lima kes masih dirawat di wad manakala bilangan kes yang dibenarkan keluar dari wad adalah 17.

“Daripada lima kes yang masih dirawat itu, tiga pesakit di di Hospital Kuala Lumpur (HKL), seorang di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah dan seorang di Hospital Sungai Buloh (HSB).

“Malaysia masih berada pada fasa ‘early containment’ iaitu tiada penularan meluas antara satu individu kepada individu yang lain (H2H transmission), tiada kes sporadik dikesan dalam komuniti, tiada kes kematian direkodkan, masih mampu untuk ditangani dengan kapasiti dan keupayaan sedia ada,” katanya.

Pada masa sama, katanya, dua pemeriksaan ulangan terhadap wanita warga Amerika Syarikat berusia 83 tahun yang juga penumpang kapal persiaran Westerdam yang sebelum ini dirawat di HSB didapati negatif.

Bagaimanapun, katanya, wanita itu masih dirawat kerana tidak sihat dan mempunyai simptom. – BH Online

Tags: ChinaCovid-19rakyat Malaysiawuhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

23/11/2025
0

Kangar: Hampir 400 mangsa terkandas di Wang Kelian dekat Padang Besar, selepas berlaku runtuhan tanah di Jalan Wang Kelian, kira-kira...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd