• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Sabu Nafi Sebar Perbincangan Mesyuarat Majlis Presiden PH

oleh
22/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) kepada mana-mana pihak.

Setiausaha Politik Presiden Amanah, Mohd Azhar Mat Dali berkata, Mat Sabu sentiasa menjunjung tinggi prinsip kerahsiaan mesyuarat dan tidak menyebarkan sebarang butir-butir perbincangan berkaitan mesyuarat malam semalam kepada khalayak mahupun media.

“Sehubungan itu, sekali lagi ingin ditegaskan bahawa pihak Mat Sabu adalah tiada kaitan sama sekali dengan cerita-cerita dan spekulasi yang disebarkan tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan yang disiarkan oleh sebuah portal berita yang mendakwa dua sumber yang rapat dengan pemimpin dalam mesyuarat itu berkata, Mat Sabu dikatakan tidak gentar dengan amaran daripada pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengugut untuk keluar daripada gabungan itu sekiranya mereka terus mendesak Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad lepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Sumber itu mendakwa, Mohamad Sabu berkata, tidak ada masalah sekiranya mereka kembali menjadi pembangkang semula sekiranya gabungan itu berpecah.

Semalam pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu berakhir, Dr. Mahathir menegaskan bahawa beliau akan membuat keputusan untuk melakukan peralihan kuasa selepas Sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di ibu negara pada November depan.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Ser Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – Sinar Harian

Tags: Mahathir MohamadMajlis Presiden PHMohamad Sabuperalihan kuasa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

10/06/2024
1

SERDANG : Keputusan mengenai kenaikan harga siling beras putih tempatan (BPT) akan dimuktamadkan sebelum Oktober ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Bekalan Beras Tempatan Pulih Dalam Masa Sebulan

Bekalan Beras Tempatan Pulih Dalam Masa Sebulan

05/09/2023
0

JOHOR BAHRU – Kementerian Pertanian Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin Program Khas Beras Putih Tempatan (BPT) dapat menampung permintaan pasaran terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd