• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mamat Khalid Makin Sihat, Berkerusi Roda

oleh
14/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keadaan kesihatan pengarah, Mamat Khalid kini beransur sihat, biarpun menggunakan kerusi roda.

Sebelum ini, pengarah filem Rock 4: Rockers Never Dai itu beberapa kali dimasukkan ke hospital, malah dilaporkan berada dalam keadaan koma, tahun lalu.

“Badan saya penuh dengan lebihan air hingga menyukarkan pernafasan selepas selesai penggambaran filem Rock 4: Rockers Never Dai. Dalam tempoh diuji dengan sakit, ada yang mendakwa saya terkena buatan orang.

“Akhirnya, doktor mengesahkan penyakit saya berkaitan dengan pneumonia. Saya akui, paru-paru dipenuhi air hingga sukar bernafas dan sampai satu tahap, saya perlu ditidurkan selama 21 hari. Saya bukannya tiba-tiba koma, sebaliknya ditidurkan.

“Kebiasaannya, maksimum seseorang ditidurkan hanya 15 hari, tetapi saya sedikit aneh seperti Victor Frankenstein, tidur selama 21 hari. Bagaimanapun, saya berkeras mahu pulang selepas sebulan berada di hospital.

“Saya tidak mahu terlalu memanjakan badan. Lagi pula, kurang sikit membayar bil hospital,” katanya kepada BH Online dengan nada berseloroh.

Mamat ditemui pada majlis tayangan filem Rock 4: Rockers Never Dai terbitan Enjit Semut milik Mamat dengan kerjasama Primeworks Studios, baru-baru ini. Biarpun berkerusi roda, Mamat tetap hadir memberikan sokongan filem arahannya.

Mamat berkata, dia menjalani dialisis sebanyak 13 kali dalam tempoh mendapat rawatan di hospital.

“Pesakit lain buat dialisis pun tidak sebanyak itu… Alhamdulillah, saya semakin sihat selepas pulang ke rumah.

“Badan sudah sihat , tetapi perlu berpantang. Saya tak boleh minum air banyak.

“Namun, saya pantang nampak air batu atau cendol, nak bedal. Hati saya juga tak boleh terlalu banyak menerima susu. Bayangkan, berapa banyak susu dalam cendol. Degil sememangnya sikap semula jadi saya,” katanya.

Mamat atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid berkata, dia termuntah semula selepas minum cendol.

“Lucunya, saya nak makan lagi cendol biarpun selepas muntah. Gelagat seperti orang yang tidak sakit.

“Akibat degil, saya masuk hospital lagi. Ada yang cakap saya akan dicabut nyawa ketika kali pertama masuk hospital hingga koma. Kali seterusnya, alim ulama datang membacakan doa di hospital.

“Bagaimanapun, kali ketiga saya masuk hospital dalam keadaan agak teruk. Pernah satu malam, saya sangka nampak malaikat maut yang datang nak cabut nyawa, tetapi saya salah pandang. Yang datang mengendap ialah pelakon, Usop Wilcha,” katanya berseloroh.

Semakin stabil, Mamat berkata, dia perlu menjaga tahap kesihatannya sebaik mungkin.

“Saya bersyukur dikelilingi anda semua yang memberikan zat positif. Jika nampak saya minum air banyak termasuk cendol, silalah ambil tindakan menghalangnya,” katanya mengukir senyuman.

Dalam perkembangan lain, filem Rock 4: Rockers Never Dai akan menemui penonton di 131 pawagam pada 20 Februari ini. Filem jenama rock keempat itu menampilkan Hazama, Sharwani NS, Adam John, Bulan Terry, Nazimi Fahmi, Dewa Sapri dan Datin Noniswara. Malah, watak cameo dilakonkan daripada pelakon sebelum ini seperti Khir Khalid, Pekin Ibrahim dan Datuk Awie menambah rencah filem ini. – BH Online

Tags: Mamat Khalidpengarah filemrock 4 rockers never dai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Galeri Seni Ilham Mamat Khalid Bakal Direalisasikan Di Ipoh

29/10/2021
0

TAPAH - Sebuah galeri seni bakal diwujudkan di kawasan Kampung Kuchai di Ipoh bagi merealisasikan rundingan dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)...

Mamat Khalid Meninggal Dunia

25/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Penerbit dan pengarah tersohor, Mamat Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Slim River 12.30 pagi tadi. Khabar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd