• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Mula Tugas Perdana Menteri Interim

oleh
25/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUN Dr. Mahathir Mohamad hari ini memulakan tugas sebagai Perdana Menteri interim.

Dr. Mahathir dilihat memasuki Perdana Putra di sini, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, pada 9.29 pagi.

Beliau, yang menaiki kenderaan rasmi dengan plat Malaysia 2020, membalas lambaian wartawan yang membuat liputan di luar bangunan itu.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Dr. Mahathir sebagai perdana menteri interim, selepas menerima peletakan jawatannya semalam.

Pejabat Perdana Menteri mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa Dr. Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri ketujuh semalam dan surat dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada 1 tengah hari.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan semalam memaklumkan Seri Paduka berkenan melantik Dr. Mahathir sebagai perdana menteri interim, sementara menunggu pelantikan perdana menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Mohd Zuki, dalam tempoh itu, Dr. Mahathir akan menguruskan pentadbiran negara sehingga perdana menteri baharu dilantik dan Kabinet dibentuk.

Mohd Zuki turut memaklumkan Al-Sultan Abdullah, atas nasihat Perdana Menteri, turut berkenan membatalkan pelantikan timbalan perdana menteri, semua menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik semalam.

Tags: Mahathir Mohamadperdana menteri interim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd