• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

M40 Boleh Mohon MySalam Sebelum 31 Mac

oleh
11/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Golongan isi rumah berpendapatan kurang RM100,000 (M40) berumur antara 18 hingga 65 tahun kini boleh mendaftar skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat (mySalam) bermula hari ini hingga 31 Mac depan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kerajaan memperluaskan Skim mySalam kepada golongan M40 selepas kira-kira 4.3 juta rakyat daripada golongan B40 mendapat manfaatnya.

Selepas tarikh itu semua penerima yang layak akan dimaklumkan dan boleh mula mengemukakan tuntutan masing-masing.

“Perlindungan takaful Skim mySalam meliputi 45 jenis penyakit kritikal dan kemasukan hospital hingga 14 hari setahun termasuk pesakit novel coronavirus yang akan menerima manfaat hospital RM50 sehari bagi tempoh 14 hari,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Pelancaran Perluasan Skim Perlindungan Masyarakat mySalam di Kementerian Kewangan, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan timbalannya Dr. Lee Boon Chee dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah.

Pada pembentangan Belanjawan 2020 bermula 1 Januari 2020, kerajaan memutuskan bagi memperluas skim mySalam menerusi peningkatan had umur daripada 55 kepada 65 tahun untuk penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) serta pasangan mereka.

Penerima BSH individu bujang dan individu orang kurang upaya (OKU) juga layak menerima perlindungan terhadap 45 penyakit kritikal termasuk polio daripada 36 sebelumnya.

Guan Eng berkata, tuntutan penyakit kritikal bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah sebanyak RM8,000 dan akan diberikan secara sekali beri manakala bagi golongan M40 atau bukan penerima BSH, mereka akan menerima faedah penyakit kritikal sebanyak RM4,000 (sekali beri).

Skim mySalam akan memberi manfaat kepada lapan juta orang pada tahun ini.

Dalam perkembangan lain beliau memaklumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi bagi mengekang impak daripada novel coronavirus ( 2019 n-CoV) pada akhir bulan ini atau selewat-lewatnya awal Mac. – BH Online

Tags: Lim Guan EngM40skim mySalam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kadar Pesakit Sembuh Koronavirus Seluruh Dunia Lebih Tinggi

Next Post

Industri Pelancongan Mahu Kerajaan Tangguh Gaji Minimum

Related Posts

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

08/11/2024
0

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di...

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

24/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng membantah soalan dikemukakan pasukan pembelaan...

Next Post

Industri Pelancongan Mahu Kerajaan Tangguh Gaji Minimum

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd