• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LPB Jimat RM2.865 Bilion, Kos Muktamad Selepas Penilaian

oleh
20/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggaran penjimatan bagi projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Sarawak berdasarkan perbezaan keseluruhan kos pembangunan di antara model Rakan Pelaksana Projek (PDP) dengan kaedah konvensional adalah sebanyak RM2.865 bilion.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata namun begitu, kos muktamad hanya akan diperolehi selepas penilaian penuh dilakukan di masa akan datang.

Pada masa ini, anggaran penjimatan tersebut adalah selepas mengambil kira kos pembangunan model PDP sebanyak RM21.857 bilion termasuk kos pembinaan yang ditandatangani.

“Melalui kaedah konvensional yang merupakan hala tuju baharu projek ini, anggaran kos pembangunan keseluruhan adalah RM18.992 bilion dengan mengambil kira kos-kos PDP sehingga penamatan PDP pada 20 Februari 2020,” katanya di Kuching, Sarawak hari ini.

Dari segi penjimatan yang diperolehi dengan tiada lagi pembayaran yuran PDP untuk projek LPB di Sarawak dan di Sabah, anggaran penjimatan adalah sebanyak RM1.2 bilion (yuran PDP bagi LPB di Sabah sebanyak RM0.640 bilion manakala yuran LPB di Sarawak pula RM0.559 bilion).

Beliau berkata LPB di Sarawak merangkumi 11 pakej sepanjang 786.41 kilometer (km) dan telah bermula pada Oktober 2015. Satu kontrak pakej kerja iaitu WPC01 (jajaran Telok Melano ke Semantan sepanjang 33 km) telah siap mengikut jadual pada 6 Januari 2019.

LPB di Sarawak adalah sebahagian Lebuhraya Trans Borneo yang akan bersambung dengan LPB di Sabah 786.41 km, Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) 425 km dan lebuh raya sepanjang 40 km dari Kalabakan ke Serundong di Sabah.

LPB ini juga akan disambungkan ke Simanggaris di Kalimantan, Indonesia menerusi Laluan Selatan Lebuhraya Trans-Kalimantan sepanjang 3,901 km dan akhirnya mengelilingi seluruh Borneo, menghubungkan hampir setiap pekan dan bandar persisiran pantai di Malaysia (Sabah dan Sarawak), Indonesia serta Brunei.

Tags: Baru BianLebuhraya Pan Borneosarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

03/01/2026
0

KUCHING – Syarikat penerbangan tempatan pertama Sarawak, Air Borneo, mencuri perhatian apabila memperkenalkan rekaan uniform kru kabin baharu yang tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd