• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Curi Pakaian Dalam Wanita Ditahan

oleh
20/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Seorang lelaki dipercayai gila seks dan gemar mencuri pakaian dalam wanita ditahan selepas melarikan 10 seluar dalam seorang suri rumah di sebuah taman perumahan di Kelemak, di sini.

Suspek yang masih bujang dan berusia 51 tahun ditahan malam kelmarin, selepas mangsa berusia 31 tahun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, di sini, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, berkata mangsa menyedari beberapa pakaian dalamnya yang direndam dalam mesin basuh di belakang rumahnya hilang ketika ingin membasuh pakaian pada jam 7.40 pagi kelmarin.

“Mangsa turut mengalami perkara sama pada 6 Februari lalu dan hasil daripada penelitian kamera litar tertutup (cctv) yang dipasangnya di belakang rumah, suspek dilihat masuk ke belakang rumah dengan memanjat pagar sebelum menyelongkar mesin basuh.

“Mangsa membawa pita rakaman berkenaan ke IPD ketika membuat laporan polis,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek mengambil beberapa pakaian dalam mangsa sebelum beredar dan mangsa mendakwa kehilangan pakaian itu sudah berlaku sejak November lalu.

Berikutan itu, polis menahan suspek pada jam 9.30 malam kelmarin di sebuah rumah di taman sama dan hasil pemeriksaan menjumpai 10 seluar dalam wanita pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM150 dipercayai milik suspek.

Turut dijumpai 30 pakaian dalam wanita yang dipercayai milik wanita lain, termasuk seluar dalam dan anak baju yang sudah disarungkan pada bantal, katanya.

“Suspek yang beralamat di Gombak Utara, Selangor mempunyai rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 kanun yang sama, masing-masing kerana kesalahan pecah rumah dan ugutan jenayah.

“Ujian air kencing mendapati, suspek positif dadah methamphetamine dan dipercayai terbabit dalam dua kes liwat di Gombak sebelum ini tetapi kes berkenaan belum dibicarakan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua- duanya sekali. – BH Online

Tags: curi pakaian dalamGila Seks
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Selamatkan 3 Remaja Perempuan Mangsa Eksploitasi Seks

09/11/2021
0

Polis menyelamatkan tiga remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun, dipercayai menjadi mangsa eksploitasi seks bawah umur hasil serbuan di...

Wanita Terkejut Lelaki Tunjuk Kemaluan

23/10/2019
0

KUALA SELANGOR - Seorang wanita yang sedang berjoging dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki dalam sebuah kereta menunjukkan kemaluannya dalam kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd