• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpulan Azmin Jumpa Agong 2 Jam

oleh
26/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan 11 bekas Ahli Parlimen PKR yang diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meninggalkan Istana Negara kira-kira jam 3 petang, hari ini.

Ia sekali gus menjadikan kumpulannya yang masuk menghadap kira-kira jam 1.08 tengah hari tadi, antara yang paling lama bertemu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dengan tempoh pertemuan hampir dua jam.

Beliau yang memandu kereta Toyota Vellfire berwarna hitam, keluar diiringi 10 lagi kenderaan lain, dipercayai bersama 10 lagi Ahli Parlimen yang juga bekas ahli PKR.

Turut kelihatan di sebelahnya adalah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah. Ketika diminta mengulas pertemuan itu, Mohamed Azmin menyifatkannya sebagai satu pertemuan yang baik.

“Alhamdulillah,” katanya ringkas kepada BH, sambil perlahan-lahan memandu keretanya.

Berhubung laporan portal FMT bahawa dirinya bersama 10 bekas Ahli Parlimen PKR akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Mohamed hanya tersenyum dan mahu menunggu proses pemilihan Perdana Menteri selesai terlebih dahulu.

“Yang penting kita selesaikan proses ini dahulu. Terserah pada Yang di-Pertuan Agong (tempoh selesai). Tapi kita amat bersyukur kerana proses berjalan baik dan lancar mengikut Perlembagaan,” katanya. – BH Online

Tags: BERSATUIstana NegaraMohamed Azmin AliYang di-Pertuan Agong
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang...

Lautan Merah Di Gombak – Azmin Ali 

Lautan Merah Di Gombak – Azmin Ali 

11/03/2026
0

Oleh MYNEWSHUB  GOMBAK – Kehadiran ramai penyokong pada Majlis Iftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor di sini malam tadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd