• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Krisis Politik Perak Panduan Bentuk Kerajaan Baharu

oleh
23/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Peralihan kuasa membabitkan kerajaan Perak susulan krisis kepemimpinan yang berlaku pada 2009 akan dijadikan panduan dalam pembentukan kerajaan baharu di peringkat Persekutuan, menggantikan Pakatan Harapan (PH).

Sumber dalaman UMNO berkata, ketika ini beberapa presiden parti sudah pun menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bagi tujuan itu.

“Saya difahamkan Yang di-Pertuan Agong nasihat supaya rujuk kes terdahulu di Perak… itu yang saya dapat tahu.

“Buat masa sekarang, kita sudah ada 139 kerusi Parlimen dan ia sudah cukup untuk membentuk kerajaan,” katanya ketika ditemui di Hotel Sheraton, di sini, sebentar tadi.

Pada 2009, Barisan Nasional (BN) di Perak menubuhkan kerajaan negeri selepas mendapat sokongan 27 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili UMNO, seorang ADUN MCA dan tiga BEBAS.

Ia susulan kejayaan BN menarik empat ADUN daripada PKR dan DAP termasuk ADUN Bota yang kembali kepada UMNO dan menyatakan ketidakpercayaan kepada kerajaan negeri ketika itu.

Ditanya mengenai perjumpaan pemimpin parti politik di sini, malam ini, katanya beliau percaya tak akan ada pengumuman besar, walaupun kerusi yang ada sudah mencukupi untuk membentuk kerajaan. – BH Online

Tags: kerajaan persekutuanperalihan kuasaUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd