• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koronavirus: Waris Penerbangan Khas Wuhan Tak Dibenar Melawat

oleh
03/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Waris kepada 141 rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan, China dalam misi penerbangan khas tidak dibenar melawat sehingga tamat tempoh kuarantin 14 hari.

Tegas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, turut dikuarantin 26 pegawai kerajaan termasuk 12 krew penerbangan pesawat AirAsia yang digunakan dalam misi berkenaan.

“Kesemua yang terlibat dalam misi ini akan dikuarantin,” katanya pada sidang media di KKM hari ini.

Menurutnya, dalam usaha untuk membawa pulang rakyat di Wilayah Hubei, KKM akan memastikan langkah-langkah pencegahan dan kawalan infeksi dipatuhi setiap masa.

“Misi tersebut terbahagi kepada empat fasa, iaitu sebelum berlepas ke Wuhan, semasa membawa pulang, ketibaan di tanah air dan seterusnya kemasukan semua individu yang terlibat ke Pusat Pemantauan,” katanya.

Beliau berkata, hanya mereka yang disahkan sihat oleh pihak berkuasa China akan dibawa pulang.

“Mereka yang didapati bergejala akan dibawa ke fasiliti kesihatan di Wuhan untuk menerima rawatan selanjutnya,” katanya.

Dr. Dzulkefly berkata, semasa dalam perjalanan, kesemua penumpang pesawat akan dipantau oleh enam pegawai KKM yang turut bersama dalam penerbangan itu.

“Kesemua penumpang tidak akan memasuki bangunan Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mengurangkan risiko penyebaran virus,” katanya.

Sebaliknya, beliau berkata, mereka akan dibawa ke Unit Kecemasan Udara (ADU) dengan menaiki bas untuk proses kontaminasi dan saringan kesihatan.

“Mereka yang didapati bergejala akan dibawa terus ke hospital rujukan iaitu Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur.

“Mereka yang tidak bergejala akan dibawa ke Pusat Pemantauan. Mereka hanya akan dibenarkan untuk pulang ke kediaman masing-masing selepas disahkan sihat dan didapati negatif jangkitan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan terkini wabak tersebut, Dr. Dzulkefly berkata, kes positif kekal lapan.

“16 kes masih menunggu keputusan ujian makmal,” katanya.

Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Malaysia ke China dijangka berlepas petang ini. – Sinar Harian

Tags: ChinaKKMkoronaviruswuhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd