• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koronavirus: HKL Siasat Remaja Kanada Pengsan Di KLCC

oleh
05/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Hospital Kuala Lumpur (HKL) melakukan siasatan terhadap seorang remaja warga Kanada bagi mengenalpasti punca sebenar termasuk kaitan koronavirus selepas dia dilaporkan pengsan di lot parkir KLCC, hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, ambulan HKL dikejarkan ke Pusat Perubatan Menara Berkembar itu selepas mendapat panggilan berhubung kes tersebut.

“Remaja berusia 17 tahun berkenaan ditempatkan di wad isolasi HKL untuk pemantauan,” katanya pada sidang media perkembangan koronavirus di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian itu yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp.

Dr. Dzulkefly berkata, semua langkah telah diambil bagi memastikan sebarang kemungkinan.

“Perkara yang dalam fikiran kami adalah koronavirus, tetapi ia boleh jadi disebabkan penyakit lain yang mungkin berkaitan dengan jantung,” katanya.

“Remaja itu tiba di negara ini dari Indonesia, semalam. Dia sebelum ini menetap selama 15 tahun di Shanghai, China,” katanya.

Terdahulu, sekeping gambar pasukan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berada di lokasi itu turut tular di media sosial. – Sinar Harian

Tags: HKLKLCCkoronaviruspengsanwarga kanada
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

HOMEDEC 2025 Kembali Di KLCC

HOMEDEC 2025 Kembali Di KLCC

29/10/2025
0

HOMEDEC 2025 Kembali di KLCC:  Inspirasi Reka Bentuk dan Inovasi Rumah Di Bawah Satu Bumbung PAMERAN reka bentuk dan hiasan...

‘Suami Memang Suka Panjat Pokok’, Kata Isteri Lelaki Pengsan Ketika Uji Alat Memanjat

‘Suami Memang Suka Panjat Pokok’, Kata Isteri Lelaki Pengsan Ketika Uji Alat Memanjat

05/10/2025
0

TEMERLOH: "Suami memang suka panjat pokok, bukan sebab kerja (petik buah kelapa) tapi sebab minat," kata Fatimah Muhammad, 67, isteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd