• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerangka Perundangan Diskriminasi Gender Sedang Digubal

oleh
11/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan masih dalam proses menggubal kerangka perundangan untuk menangani diskriminasi berasaskan gender, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Satu Pasukan Projek Khas (SPT) sudah ditubuhkan dan 16 sesi libat urus diadakan membabitkan pelbagai pihak untuk tujuan itu.

Pihak yang terbabit termasuk Kementerian Luar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik berpengalaman serta mempunyai kepakaran berkaitan.

“Special Project Team (SPT) ini sudah ditubuhkan sejak Februari tahun lalu. Sesi ini (libat urus) akan diteruskan dengan membabitkan lebih ramai pihak berkepentingan.

“Buat masa ini, kementerian sedang menumpukan kepada proses penggubalan rang undang-undang (RUU) gangguan seksual yang akan dibentangkan di Parlimen pada tahun ini,” katanya.

Beliau ditemui media selepas Majlis Perasmian Hari Keselamatan Internet atau ‘Safer Internet Day’ (SID) 2020 – Edisi Malaysia dan Forum ‘Memupuk Fasih Digital Di Era Millenia’, di sini, hari ini.

Pada Disember, Dr. Wan Azizah dilaporkan berkata, cadangan sebuah tribunal khas yang dibentuk akan dimasukkan dalam Akta Gangguan Seksual kelak.

Sementara itu, ketika berucap, Dr. Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), berkata kerajaan memandang serius ancaman siber terhadap kanak-kanak.

“Kita akur bahawa kanak-kanak menggunakan media sosial, ‘open platform education’ serta aplikasi digital bagi memperoleh maklumat dan interaksi sosial turut berhadapan dengan ancaman siber seperti pornografi, ‘child grooming dan sexting’ yang kini semakin menular serta membimbangkan.

“Menurut satu kajian DiGi CyberSAFE2015, satu daripada empat kanak-kanak yang dikaji mungkin bersetuju untuk berjumpa dengan seseorang yang baharu dikenali mereka di internet.

“Walaupun 25 peratus, ia amat merunsingkan saya,” katanya.

Dapatan Kajian Pengguna Internet 2018 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pula mendapati 37.6 peratus ibu bapa tidak sedar akan kawalan ibu bapa dalam penggunaan internet.

Katanya, segelintir mereka juga turut menggunakan gajet sebagai medium untuk mengawal dan mengasuh anak-anak mereka atau ‘cyber nanny’. – BH Online

Tags: Diskriminasi GenderJakimWan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kapal Bawa Pelarian Rohingya Ke Malaysia Terbalik, 15 Maut

Next Post

Sejak Bila SPRM Mengesahkan MC Pesakit? – Najib

Related Posts

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

13/01/2025
0

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan sandwic 'ham dan keju' yang dijual di kedai serbaneka di Universiti...

Tular Video Puji Pendakwah Berlebihan, Jakim Digesa Ambil Tindakan

Tular Video Puji Pendakwah Berlebihan, Jakim Digesa Ambil Tindakan

10/10/2024
0

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) digesa mengambil tindakan mengenai video tular di media sosial melibatkan seorang pendakwah...

Next Post

Sejak Bila SPRM Mengesahkan MC Pesakit? - Najib

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd