• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Permohonan Gantung Bicara Paul Yong 3 Mac

oleh
11/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini menetapkan 3 Mac ini bagi keputusan permohonan pembelaan untuk menggantung prosiding bicara kes rogol pembantu rumah warga Indonesia membabitkan Exco Kerajaan Perak, Paul Yong Choo Kiong.

Hakim Norashima Khalid membuat ketetapan itu selepas pihak pembelaan memohon penangguhan kerana mengemukakan notis rayuan di Mahkamah Persekutuan, petang semalam untuk memindahkan perbicaraan kes rogol dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Dalam penghakimannya, Norashima berkata, pihak pembelaan dan pendakwaan perlu mengemukakan hujahan secara bertulis bagi permohonan menggantung prosiding itu.

Beliau turut mengarahkan tertuduh hadir pada tarikh berkenaan untuk penetapan tarikh baharu sebutan semula kes dan perbicaraan.

“Pada 3 Mac itu, perlu ada hujahan bertulis daripada kedua-dua pihak. Saya tidak mahu ada lagi lanjutan atau sebarang alasan, mesti ada hujahan balas (pembelaan dan pendakwaan),” katanya.

Norashima kemudiannya menetapkan 18 Februari ini untuk pembelaan memfailkan notis permohonan bertulis, manakala pada 25 Februari pula untuk pihak pendakwaan mengemukakan afidavit balasan.

Peguam Datuk Rajpal Singh yang mewakili pihak pembelaan ketika ditemui media berkata, notis rayuan dibuat di Mahkamah Persekutuan selepas permohonan mereka untuk memindahkan kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Ipoh ditolak Mahkamah Rayuan.

Menurutnya, tarikh untuk mendengar keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan itu masih belum ditetapkan.

“Pagi ini di hadapan Mahkamah Sesyen Ipoh, kami memohon satu ‘stay of proceedings’ supaya rayuan kami di Mahkamah Persekutuan didengar dahulu.

“Kami diminta failkan satu notis permohonan bertulis di depan Hakim Mahkamah Sesyen ini bersama afidavit diikuti penghujahan secara bertulis, selepas itu hakim akan membuat keputusan sama ada akan bersetuju atau tidak dengan permohonan yang dibuat ini,” katanya.

Selain Rajpal Singh, Paul Yong hari ini diwakili peguam Salim Bashir dan Farhan Sapian.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Azhar Mokhtar memberitahu mahkamah bahawa pihaknya bersedia untuk meneruskan perbicaraan bersama saksi-saksi.

“Memfailkan notis rayuan di mahkamah bukanlah alasan untuk menangguhkan perbicaraan melainkan mahkamah memikirkan ada sebab-sebab lain yang munasabah,” katanya.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan prosiding perbicaraan kes membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu selama lima bermula 10 sehingga 14 Februari ini.

Semalam, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1, menolak rayuan Paul Yong untuk memindahkan kes rogolnya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Pada 23 Ogos lalu, Paul Yong, 50, mengaku tidak bersalah merogol pembantu rumahnya, warga Indonesia berusia 23 tahun di bilik di tingkat atas sebuah rumah di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya antara jam 8.15 malam hingga 9.15 malam pada 7 Julai lalu.

Tags: paul yong choo kiongrogol pembantu rumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saksi Kes Rogol ADUN Tronoh Beri Keterangan Tertutup

24/06/2021
0

IPOH - Dua saksi termasuk mangsa kes rogol pembantu rumah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo...

Perbicaraan ADUN Tronoh Ditangguh, 3 Saksi Positif COVID-19

08/04/2021
0

IPOH - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menangguhkan perbicaraan kes rogol pembantu rumah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd