Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

4 Beradik Bergelar Hajah...

KUCHING - Pada usia 25 tahun, Nur Fadzleena Mohd Najib antara jemaah haji...

Lebih 500 Orang Asli...

JELI - Lebih 500 penduduk Orang Asli menerima suntikan vaksin di Program Outreach...

Anggota Sertai Demo Haram,...

KUALA LUMPUR - UMNO akan mengambil tindakan disiplin ke atas anggota parti yang...

Jangan Tertipu Hujah Agama...

HUJAH agama, yang diguna pakai golongan profesional bukan daripada bidang perubatan dan penjual...

Kematian Abam Yang Dicemburui

PENDAKWAH bebas, Ustaz Nasir Rahim menyeru masyarakat Islam mengambil iktibar daripada kematian pelawak popular Abam Bocey, Isnin lalu.

Nasir dalam ceramahnya bertajuk ‘Kematian Sangat Dicemburui, Jom Ambil Iktibar’ semalam, turut berkongsi betapa bertuah individu yang meninggal dunia dan Allah naikkan darjatnya.

Katanya, dalam kehidupan seorang manusia, apa yang penting adalah pengakhirannya.

“Macam Abam, apa yang berlaku pada hari kematiannya apabila diziarah ramai orang hingga tidak terkira banyaknya. Itu adalah rezeki arwah.

“Dia bukan ilmuan agama tetapi hanya seorang pelawak. Namun, di pengakhiran hidupnya Allah anugerahkan nikmat kematian sangat dicemburui itu. Kenapa begitu? Iktibar yang boleh diambil adalah kembali pada akhlak atau perangai arwah. Dia seorang yang suka meraikan ulama dan ilmuan agama,” katanya.

Nasir yang mengakui terkilan tidak dapat mengiringi perjalanan akhir Abam, turut berkongsi dengan jemaah mengenai keperibadian Allahyarham.

“Saya pernah berkesempatan bertemu arwah beberapa tahun lalu. Ketika itu kami terbabit dalam forum agama. Saya selaku salah seorang penceramah dan arwah adalah moderator.

“Abam memang seorang pelawak yang bagus. Saya akui dia memiliki pekerti akhlak sangat baik seperti sangat menghormati orang lain dan suka meminta maaf.

“Selain itu, arwah juga gemar menghadiri majlis ilmu. Dia tidak melihat bayaran diterima tetapi sanggup hadir kerana sukakan ilmu,” katanya.

Dalam ceramahnya, Nasir turut memuji sikap Abam yang tidak pernah meninggalkan ibunya dan sentiasa mengingati orang tua.


“Sebagai anak, ingin saya ingatkan, dengan ibu bapa jangan sesekali buat pasal. Berbaktilah semaksimum mungkin selagi mereka masih hidup. Walaupun jasa ibu bapa itu tidak ternilai besarnya dan mampu dibalas, namun usah ketepikan mereka kerana Allah bayar tunai,” katanya.

Katanya, Abam juga seorang dermawan kerana banyak bersedekah kepada anak yatim dan golongan memerlukan termasuk tidak lokek membelanja rakan-rakan.

Menurut Nasir, terlalu banyak iktibar yang boleh diambil masyarakat Islam terhadap kematian Abam yang sangat dicemburui.

“Apapun, ingin diingatkan jangan sesekali kita menilai orang dari segi luarannya. Ini kerana kita tidak tahu apa amalan baik yang pernah dilalukan dalam kehidupannya.

“Abam dijemput Allah kembali kepada-Nya dalam keadaan sangat baik. Untuk kita pula, belum pasti lagi. Apakah dalam keadaan baik dan ramaikah orang yang akan solatkan jenazah kita? Ia tidak diketahui,” katanya. Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan meninggal dunia di kediamannya di Gombak, kira-kira jam 7.15 pagi, Isnin lalu.

Lebih 2,000 orang terdiri daripada keluarga, sanak-saudara, kenalan, rakan artis, pendakwah dan penceramah bebas termasuk peminat hadir menziarah jenazah Abam yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah serta seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan. – myMetro Online

Kategori