• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebimbangan Koronavirus Terus Beri Tekanan Kepada Ringgit

oleh
04/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kebimbangan mengenai wabak koronavirus dan potensi impaknya kepada pertumbuhan dunia terus memberi tekanan kepada ringgit untuk dibuka rendah berbanding dolar AS pada hari ini.

Pada jam 9.01 pagi, ringgit berada pada 4.1200/1230 berbanding dolar AS daripada 4.1125/1155 pada Isnin.

Ketua Strategi Pasaran AxiCorp Stephen Innes berkata, virus itu dan ekonomi serta ketidaktentuan perdagangan yang berpanjangan akibat wabak tersebut, memberi tekanan kepada mata wang tempatan berikutan hubungan perdagangan Malaysia yang erat dengan China.

“Semua ini berlaku berdasarkan bukti bahawa wabak tersebut memberi impak yang besar kepada ekonomi global dengan China, paling teruk terjejas, mata wang tempatan ASEAN dijangka menerima tekanan paling tinggi dan terutamanya pengeksport komoditi tempatan,” katanya kepada Bernama.

Innes berkata, pasaran berharap kepada penetapan yuan China yang kukuh daripada Bank Rakyat China untuk meningkatkan mata wang.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0023/0055 daripada 3.0051/0084 pada Isnin dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.7930/7969 daripada 3.7896/7931.

Mata wang tempatan rendah berbanding euro kepada 4.5563/5613 daripada 4.5529/5579, bagaimanapun naik berbanding pound Britain kepada 5.3523/3566 daripada 5.3792/3839 sebelum ini. 

Tags: Dolar ASkoronavirusRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd