TERINGIN ke Taiwan? Namun tidak ada bajet yang besar?
Sekarang anda tidak perlu risau.
Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. tampil dengan pakej serendah RM2,000 untuk 4 hari 3 malam!


Apa yang anda boleh dapat dengan jumlah itu?
Ia merangkumi tiket penerbangan pergi balik, penginapan 3 malam di bandaraya Taipei, pengangkutan bermula dari lapang terbang sebaik tiba ke Taiwan hingga pulang, bayaran masuk ke tempat lawatan dan lain-lain.
Pengarah Urusan Five Estec, Sharizan Mohd Saad berkata, penginapan yang disediakan adalah di pusat bandar yakni kawasan Ximending.

“Penginapan ini adalah di pusat komersial paling terkenal di Taipei,” katanya kepada Mynewshub baru-baru ini.
Ujarnya, kedudukan tempat penginapan itu memudahkan pelancong menggunakan perkhidmatan awam di Taipei.
“Senang untuk ke mana-mana bagi aktiviti free and easy, “ katanya.


Jelas beliau, harga yang ditawarkan adalah sangat rendah berbanding harga pasaran sebenar yang mencecah RM3,000 ke atas.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai yang berminat digesa menghubungi nombor 03-9100 2101 atau 012-748 2102. – Mynewshub.TV
