• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KBS Tak Halang Atlet Jalani Latihan Di China

oleh
06/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak akan menghalang mana-mana atlet negara untuk bertanding atau menjalani latihan di China walaupun negara berkenaan sedang berdepan dengan penularan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan pihak kementerian telah mengeluarkan garis panduan kepada atlet negara berhubung perkara berkenaan dan terpulang kepada atlet tersebut untuk mematuhi garis panduan tersebut.

“Beberapa atlet telah kembali semula (dari China) atas pilihan mereka sendiri, dan kita telah pun menasihati mereka (atlet kebangsaan), namun paling penting untuk kita mengikut ketetapan oleh Kementerian Kesihatan.

“Kita akan rujuk nasihat Kementerian Kesihatan (sebelum membuat keputusan lanjut),” katanya pada sidang media selepas hadir menyaksikan majlis pengenalan pasukan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 di Padang Merdeka di sini malam ini.

Lima penerjun negara iaitu Leong Mun Yee, Pandelela Rinong, Wendy Ng Yan Yee, Kimberly Bong dan Enrique Harold, selain dua jurulatih kebangsaan iaitu Li Rui dan Li Teng dilaporkan telah kembali ke tanah air dari Chengdu, China pada 31 Januari lepas.

Juara dunia 2017, Cheong Jun Hoong pula menjalani latihan bersama bekas jurulatih terjun kebangsaan, Zhang Yuliang di Qinhuangdao dan tidak merancang untuk kembali ke tanah air dalam tempoh terdekat.

Dalam perkembangan berasingan, Syed Saddiq tidak menolak kemungkinan saingan LTdL 2021 akan kekal dibawa ke Sabah dan Sarawak, namun menegaskan keputusan muktamad akan diputuskan selepas pihak kementerian mencapai persetujuan dengan penganjur, Human Voyage (M) Sdn. Bhd.

Syarikat pengurusan acara berkenaan sebelum ini diberi mandat oleh KBS untuk menganjurkan LTdL dari 2019 sehingga 2021.

Kali terakhir saingan LTdL dibawa ke Borneo adalah pada 1997.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Sabah, Phoong Jin Zhe berterima kasih kepada KBS yang memilih Sabah sebagai antara laluan perlumbaan LTdL, sekali gus dapat mempamerkan keunikan yang terdapat di Kota Kinabalu.

“Sudah tentunya pemilihan Kota Kinabalu dapat dipromosikan sebagai salah satu destinasi pelancongan sukan di mana kita (kerajaan negeri) mengalu-alukan program sukan bertaraf antarabangsa seperti LTdL diadakan di sini,” jelasnya yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Luyang.

Sebanyak 21 pasukan, termasuk satu pasukan Jelajah Dunia, mengesahkan penyertaan pada edisi ke-25 LTdL yang bermula esok sehingga 15 Februari ini yang melibatkan jarak sejauh 1,114.9 kilometer yang merentasi Sabah, Sarawak, Terengganu, Pahang, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Tags: 2019-nCoVAtlet NegaraChinaKBSkoronavirus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd