• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jamil Khir Dedah ‘Akujanji’ Raja Abdullah Kepada Najib

oleh
11/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika menjadi saksi prosiding SRC International Sdn. Bhd. membabitkan penyewelengan RM42 juta hari ini mendedahkan lebih terperinci berhubung pertemuan dengan Almarhum Raja Arab Saudi, Raja Abdullah.

Menurutnya, mesyuarat tidak rasmi di Riyadh pada Januari 2010 atas jemputan Raja Abdullah dihadirinya itu bersama Datuk Seri Najib Razak, bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan mantan Duta Malaysia kepada Arab Saudi, Syed Omar Al-Saggaf.

Beliau yang juga saksi pembelaan kelima itu mendedahkan walaupun perbincangan sulit hanya membabitkan dirinya bersama-sama Najib serta Raja Abdullah namun bekas perdana menteri itu juga berkongsi maklumat sumbangan derma kepada Anifah dan Syed Omar.

Jamil Khir berkata demikian ketika membacakan keterangan saksi di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Menurutnya, sejurus selepas mesyuarat utama yang dihadiri oleh semua pihak dan wakil Arab, Raja Abdullah kemudian sempat mengadakan ‘perbualan sulit’ dengan Najib.

“Pada akhir mesyuarat, saya diisyaratkan Najib untuk bersama beliau dan Raja Abdullah beralih dari tempat mesyuarat dan berjalan ke tengah dewan, ini kerana satu perbualan sulit berlaku di antara Najib dengan Raja Abdullah.

“Saya sedar saya dijemput kerana saya adalah Menteri Jabatan Perdana Menteri dalam Hal Ehwal Agama yang bertanggungjawab menyeliakan urusan agama dan urusan haji.

“Kandungan perbualan sulit ini merangkumi ‘aku janji’ Raja Abdullah untuk memberi sumbangan dana kepada Najib.

“Kalau tidak silap saya, Raja Abdullah ada juga menyebut beliau akan menghantar sumbangan dana ini tidak berapa lama dari tarikh mesyuarat tersebut serta ada berkata dana ini akan dibuat ke satu akaun persendirian Najib.

“Saya fahami perlunya dana ini disalurkan ke akaun persendirian Najib supaya memudahkan dan melicinkan perjalanan politik beliau terutamanya untuk kegunaan politik menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-13.

“Semasa kami sedang keluar dari bilik mesyuarat ke kenderaan masing-masing, Najib ada menceritakan perkara berkaitan sumbangan dana oleh Raja Abdullah kepada Anifah dan Syed Omar ketika itu juga,” katanya.

Seperti keterangan Syed Omar semalam, Jamil Khir juga mendakwa bagaimana Raja Abdullah begitu kagum dengan cara pemerintahan Najib selaku perdana menteri menerajui sebuah negara Islam bertamadun.

Jelas Jamil Khir, Raja Abdullah bimbang kebangkitan pergolakan politik di negara-negara Islam yang akan menyebar ke negara-negara Asia Tenggara.

“Raja Abdullah hendak kestabilan Malaysia sebagai satu negara Islam yang moderate dan maka ini dikekalkan serta mahu Najib mengukuhkan kedudukan dan kuasanya sebagai Perdana Menteri Malaysia pada pilihan raya 2013.

“Selain itu, baginda juga mahu menangkis pengaruh syiah dan juga membasmikan ekstremis agama yang ketika itu mula berleluasa di Malaysia.

“Raja Abdullah menyebut isu-isu tersebut ditangani memandangkan masalah yang sama pada masa itu sedang berlaku di Timur Tengah yang akhirnya telah mencetuskan Arab Spring pada Disember 2010,” kata Jamil Khir.

Perbicaraan yang masuk hari ke-78 sebentar tadi bersambung dengan peguambela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika ini melakukan pemeriksaan utama. – MalaysiaGazette

Tags: Jamil Khir BaharomNajib Tun RazakRaja AbdullahSRC International
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KPDNHEP Pantau Pembelian Panik Warga Singapura Di Johor

Next Post

Kula Minta Rujuk KDN Isu Ambil 100,000 Pengawal Pakistan

Related Posts

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

05/05/2023
0

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan rayuan akhirnya akan...

Next Post

Kula Minta Rujuk KDN Isu Ambil 100,000 Pengawal Pakistan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd