• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Impak Koronavirus Terhadap Komoditi Hanya Sementara – Teresa

oleh
04/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penularan koronavirus di China ketika ini dijangkakan hanya memberi impak sementara terhadap harga komoditi terutamanya minyak sawit mentah (MSM).

Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim berkata, impak tersebut juga tidak hanya membabitkan komoditi tetapi turut memberi kesan kepada harga saham.

“Sudah pasti harga (komoditi) akan turun namun ini adalah fenomena yang bersifat sementara…bukan setakat harga komoditi tetapi harga-harga saham turut rendah,” katanya kepada pemberita selepas Seminar dan Dialog ‘Reach and Remind Friends of the Industry’ di sini hari ini.

Program itu dianjurkan oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Mengulas penurunan permintaan MSM dari India, Teresa turut menyifatkan isu itu sebagai sementara dan yakin ia mampu diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak.

“Malaysia dan India mempunyai hubungan dua hala yang panjang. Oleh itu, saya percaya kedua-dua negara akan dapat mengatasinya dan bergerak ke arah penyelesaian yang saling memanfaatkan,” katanya.

Menurutnya, kementerian itu berserta MPOC dan agensi berkaitan akan terus menangani cabaran yang timbul, termasuk kempen antiminyak sawit di Eropah.

Ini penting kerana industri minyak sawit Malaysia terus memberi sumbangan besar terhadap pembangunan ekonomi negara ini, malah menjadi komponen keempat terbesar dalam ekonomi Malaysia, katanya.

“Bagi tempoh Januari sehingga November 2019, jumlah eksport minyak sawit Malaysia dan produk hilirannya mencecah 25.7 juta tan iaitu peningkatan sebanyak 10.9 peratus daripada 23.2 juta tan bagi tempoh sama pada 2018.

“Walaupun ini menjana pendapatan melebihi RM59 bilion kepada negara, ia sebaliknya susut 5.9 peratus berbanding perolehan RM62.7 bilion bagi tempoh sama pada 2018,” katanya.

Minyak sawit turut menjadi peneraju minyak sayuran di peringkat global dan Malaysia merupakan pengeksport kedua terbesar dengan menyumbang sebanyak 20.1 peratus dari segi eksport minyak dan lelemak global.

“China, India, Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun adalah antara destinasi utama eksport minyak sawit Malaysia,” katanya.

Sementara itu, MPOC mengunjurkan purata harga MSM adalah sekitar RM2,600 hingga RM2,700 satu tan pada tahun ini.

“Peningkatan harga MSM itu dijangka berterusan susulan pelaksanaan mandat biodiesel B20 pada bulan ini selain faktor-faktor lain seperti pengurangan stok dan pengeluaran MSM,” kata MPOC.

Selain itu dari segi lestari, kira-kira 3.87 juta hektar atau 66.22 peratus daripada sejumlah 5.85 juta hektar kawasan ladang telah mendapat pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) setakat 3 Februari lepas.

Ini membabitkan kira-kira 88.76 peratus daripada sejumlah 0.68 juta hektar kawasan membabitkan pekebun kecil di bawah tanah rancangan manakala dianggarkan 10.17 peratus daripada 0.97 juta hektar ladang pekebun kecil bebas telah mendapat MSPO berkenaan. 

Tags: Chinakoronavirusminyak sawit mentahTeresa Kok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Kereta Teresa Kok Kena Pecah: DBKL Umum Pasang CCTV Di Taman Persekutuan Bukit Kiara

Kereta Teresa Kok Kena Pecah: DBKL Umum Pasang CCTV Di Taman Persekutuan Bukit Kiara

27/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan segera untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd